Selasa, 25 November 2014

Cerpen : Aku Dah Jatuh Hati Sama Dia

Assalamualaikum. 

Haih.. Hari ini ada cerpen baru lagi nampak? Hihi. Cepat juga erk? Nak buat macam mana. Inilah kerja aku bila cuti sem ni. Kikiki. 

Dan untuk pengetahuan korang. Inilah cerpen yg paaaalinggggg simpel yg pernah aku buat. Haha. Serius. Dan cerpen ni dah lama sebenarnya. Baru hari ni aku berjaya siapkan. Ini cerpen atas permintaan kawan aku. Nama hero dan heroin nama sebenar. Cuma kisah tu ada sikit ja kisah benar. Yg lain ikut imaginasi aku. Hihi. 

Dan yes. Aku tahu. Cerpen ni akan jadi bosan. Aku mengaku. Tapi aku tetap nak post juga. SAja buat tatapan. Haha. Oklah. Enjoy ketika membaca. >_<



“ Weh. Aku takutlah.”

“ Kenapa pula?”

Aku tersengih kerang busuk. Takutlah sebab ni kali pertama aku masuk ke dalam hutan.

“ Tenanglah weh. Ni kan kem kepimpinan diri. Kau yang teruja sangat nak ikut kan?”

“ yalah. Dah nama pun pengawas. Semua wajib datang kan?”

Aku mengambil beg  aku yang besar gedabak tu untuk di bawa masuk ke dalam kem. Gila jauh nak berjalan ke tempat kem tu. First time aku mendaki sebegini jauh. Aiya!

“ Bersemangatlah sikit. Aku jamin kau akan rasa seronok. Ini pertama kali kan kau datang kem ni?”

Aku hanya menganggukkan kepala. Penat! Dengan kena heret beg yang besar ni lagi. Takkan cikgu tak boleh tolong bawa beg ni masuk ke dalam kem? Cikgu! Saya tak mampu sebab saya tak ada tenaga. Ceh! Melebih pula kau ni Ainnie. Kenapa kali ni kau kurang bersemangat? Selalunya kaulah orang yang paling bersemangat untuk ke kem mencabar macam ni.

“ Aku dengar cikgu kata bukan sekolah kita ja ada dekat sini. Dua buah sekolah lain pun ada.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak bestlah macam ni. Kenapa sekolah lain pun ada?

“ Bila nak sampai ni?” Rungutku dengan tak ada tenaganya lagi.

“ Tu. depan tu je lagi.”

Aku memanjangkan leher memandang ke hadapan. Wah! Dah nak sampai. Baik aku cepat. Nanti aku boleh minum banyak-banyak.

“ Aku pergi dulu!”

Tanpa menghiraukan Qila aku terus berjalan cepat ke arah kem. Sampai mengah dibuatnya. Biarkan! Yang penting aku dapat minum air dulu!

“ Amboi… Yang kalut sangat ni nak ke mana?” Tegur Cikgu Zahir.

“ Saya dahaga cikgu. Saya boleh minum kan?” Termengah-mengah aku bertanya dekat cikgu.

“ Minumlah. Duduk dulu. Nanti baru kamu bawa beg masuk ke dalam khemah.”

Sebaik sahaja aku mendengar cikgu Zahir kata macam tu. terus aku mencapai satu cawan yang berisi air itu. rakus aku meneguk. Kalah orang yang tak minum dua hari. Teruk betul kau ni Ainnie.

“ Minumlah slow-slow. Nanti tersedak.”

Ternyata teguran mengejut itu berjaya buat aku tersedak.

“ Uhuk!”

Aku menepuk dadaku kuat. Habis merah muka aku. siapa yang memandai tegur aku secara mengejut tu?

“ Sorry. Kan saya dah kata.” Aku toleh ke belakang. Aik? Siapa ni? bila aku tengok baju sukan dia. aku buat muka faham. Budak sekolah lain rupanya.

“ Siapa suruh sergah saya macam tu.”

Aku kembali minum. Hilangkan rasa tersedak tadi. Teruk juga aku tersedak ni ha.

“ Awak mesti daripada sekolah Sri Muda Penaga kan?”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ Saya dari Ipoh. Dekat-dekat dengan kem ni je.”

Huh? Kenapa tiba-tiba sekolah daripada Ipoh datang join sini juga? Apa agenda cikgu? Cewah!

“ Selamat berkenalan.”

Aku tersengih tepi. Amboi..

“ Selamat berkenalan juga. Oh lupa. Lain kali jangan buat orang macam tu lagi ye kalau tak nak tengok saya masuk hospital gara-gara tersedak. Terima kasih.”

Dengan selambanya aku beredar daripada situ. Huh! Geram! Baru selangkah aku melangkah, aku terdengar tawa halus daripada dia. Ceh! Gelakkan aku la tu. sabar je lah.

**
“ Baiklah. Saya akan masukkan setiap seorang ke dalam kumpulan. Tak ada pilih-pilih sendiri ye.”

Bahu Qila aku cuit. Aku tak senang hati betullah. Bukan sebab cikgu nak bahagikan kumpulan. Tapi sejak daripada tadi aku perasan ada orang perhati aku. yes! Aku rasa diperhatikan.

“ Kenapa?”

“ Kenapa aku rasa ada orang perhati aku ha?” Soalku tapi mata tetap pandang cikgu.

“ Siapa?” Qila pandang sekeliling.

“ Manala aku tau. Kau janganlah tengok macam tu. nanti dia perasan.” Halangku tapi masih bersikap selamba.

“ Aku tau siapa.” Qila tersenyum dalam diam.

“ Siapa? Gitau aku.”

“ Ainnie!” Aku tersentak besar. Pantas aku berdiri.

“ ye cikgu.”

“ Kamu masuk kumpulan 1.”

Aku menoleh ke arah kanan. Dan aku terkedu. Masuk dalam kumpulan 1 bersama dengan lelaki yang buat aku tersedak petang tadi? Aigo! Cikgu!

“ Baik cikgu.”

Aku duduk kembali dan mengambil barang. Qila daripada tadi asyik tersengih dekat aku. dah kenapa?

“ Aku tau siapa. nanti balik khemah aku cerita. Dah pergi sana.”

Ceh! Menghalau nampak. Sabar jelah.

“ Assalamualaikum.”

Aku memberikan salam tanda bersopan. Nanti kata sombong pula.

“ Waalaikumussalam.”

Aku sebenarnya tak mau duduk sebelah lelaki tu. tapi dekat situ sajalah tempat kosong yang ada. Yang lain semua dah di ambil orang. Huh! Sabar je lah. Cool arh Ainnie. Dia bukan buat apa-apa pun dekat kau. Tapi kenapa daripada tadi dia asyik senyum je dekat aku erk?

“ Tak sangka kita sama kumpulan.”

Aku hanya memberikan senyuman. Tak ada hati nak cakap dengan sesiapa pun.

“ Nama awak Ainnie kan? saya Asri.”

“ Tak tanya pun.” Dengan selambanya aku berkata. Eh kau ni Ainnie! Dah kira baik dia tak sombong dekat kau.

“ Saja nak bagitau. Kan saya ketua kumpulan.”

Aku tersentak. La.. yeke..

“ Yelah. Sorry.” Aku tebalkan muka dengan meminta maaf. Tapi dia hanya tersenyum.

“ Saya minta maaf fasal petang tadi. Awak okay kan?” Aku masih tersenyum. Kalau tak okay pun ada kau kisah ke?

“ Okay je. Jangan risau. Kalau tak okay pun bagi okay jugalah.” Jawabku dengan selamba. Tapi dia boleh pula ketawa. Yang lain buat selamba je. maybe dah tahu perangai ketua kumpulan mereka ni kot.

“ Kelakarlah awak ni Ainnie.”

Aku tersengih. Kelakar? Masa bila pula.

“ Okay semua. Masing-masing sudah diberikan kumpulan. Selepas ni kita akan gerak masuk ke dalam hutan. Dan setiap orang harus bekerjasama. Kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri tu. Dalam hutan tu gelap.”

Aku rasa seram sejuk tiba-tiba. Apa yang cikgu nak kami buat dengan masuk ke dalam hutan tu? Ish! Dahlah aku takut gelap. Dalam kumpulan aku hanya tiga orang perempuan. Lagi 4 lelaki. Adoi!

“ Cikgu! Apa aktiviti kita sebenarnya?” Tiba-tiba ketua kumpulan aku menyoal. Bagus! Aku baru terfikir tadi.

“ Kamu akan tahu nanti. Jangan risau. Satu je peringatan. Bila dah duduk dalam hutan tu sorang-sorang. Banyakan berdoa dan beristighfar. Jangan terlalu seronok atau sedih. Cukup masa dalam setengah jam kita akan balik ke kem semula. Faham?”

Ya Allah. Aku yang mendengar ni pun dah cukup seram kot. Adoi! Aku tak bolehlah masuk bab-bab ni. Lemah semangat.

“ Okay. Semua orang boleh beratur dekat luar. Tunggu arahan cikgu Zahir dan ustaz. Lepas tu setiap kumpulan boleh bergerak.”

Tanpa berlengah, aku bersama kumpulan bergegas ke luar dan beratur mengikut arahan. Aku terteguk air liur sebaik sahaja melihat kepekatan malam ketika ini. Tengoklah. Dah nama pun pukul 11 malam.

“ Kumpulan 1. Kamu boleh bergerak. Diikuti ketua kumpulan. Kamu ikut cikgu Zainal.”

Mahu tak mahu aku terpaksa berjalan beriringan dengan ketua kumpulan. Siapa lagi kalau bukan Asri. Terpaksa kay terpaksa!

“ Awak takut ke?” Tiba-tiba dia menegur.

“ Erk.. mana ada takut. Biasa je.” Nafiku sekeras-kerasnya. Eleh! Tak takut konon. Tapi tangan tu dah separuh menggigil. Adoi!

“ Kalau tak takut janganlah menggigil. Tak apa. saya ada.” Aku terus toleh ke arah lain. Dia perasan. Malu!

Hampir separuh jalan kami meninggalkan kem. Akhirnya langkah kami terhenti.

“ Okay. Kita dah sampai dekat tengah-tengah hutan rasanya. Sekarang cikgu nak setiap seorang ikat kain ni dekat kepala. tutup mata tu jangan bagi nampak.”

“ Ha? Cikgu. Kenapa kena tutup mata? Gelap kot cikgu.” Soalku dengan perasaan takut.

“ Nama pun kem kepimpinan kan. Jadi kamu kenalah berani. Nah ambil seorang satu.”

Dengan hati yang tak relanya aku ambil tuala tadi dan menutup mataku. Memang gelap! Mak! Nak balik!

“ Okay. Setiap seorang pegang tali yang cikgu bagi ni.”

Dengan keadaan yang gelap, aku mengagau dan pegang tali yang cikgu bagi.

“ Ikut langkah cikgu. Bila cikgu kata stop kamu stop.”

Aku doa banyak-banyak dalam hati. Lepas tu aku hanya tunduk ikut ke mana tali tu pergi. Dalam lima langkah aku berjalan, aku disuruh berhenti.

“ Okay seterusnya!”

Ya Allah. Lindungilah hamba. Hamba takut!

“ Ainnie!”

“ Ya saya!”

“ Asri!”

“ Ya saya!”

Aku tersentak. Asri ada dekat sebelah aku ke? Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Ada juga teman. Kalau tak aku keseorangan.

“ Nasib baik cikgu suruh awak duduk sebelah saya. Kalau tak saya menangis tak berlagulah jawabnya.” Ujarku dengan senang hati. Aku hanya tunduk memandang kaki. Masih nampak kaki tapi tak nampak orang sebelah.

“ Tu la. Saya tak apalah lelaki. Awak tu perempuan. Takut juga.”

Aku tersenyum walaupun dia tak nampak. Aku bersyukur. Dia orang yang buat aku geram dan marah akhirnya mampu jadi pelindung aku walaupun sebentar. Teman bagi aku hilangkan rasa takut ni je la.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hilaian orang ketawa. Aku tersentak besar. Badanku dah menggigil. Bukan sebab sejuk tapi sebab takut. Tapi dalam hutan ni memang sejuk.

“ Awak.. awak dengar tak apa yang saya dengar?” Soalku pada Asri.

“ Ya. Saya pun dengar. Bunyi apa tu?”

“ Saya tak tahu. Saya takut.” Aku mula rasa nak nangis.

“ Lama lagi kita ada dekat sini. Awak sabar erk.”

Aku rasa nak buka ja ikatan ni. Aku nak tengok bunyi tu datang dari mana. Tapi baru sahaja aku nak tenangkan hati aku. sekali lagi aku terdengar bunyi tu. dan bunyi tu rasa sangat dekat dengan aku. Ya Allah.

“ Awak…”

“ Bunyi tu dekat awak.” Aku mengangguk laju.

“ Awak. saya nak buka ikatan ni. saya nak lari masuk kem. Saya takut.” Putusku. Biarlah cikgu nak kata apa. yang pasti aku nak lari ke kem balik. aku takut!

“ Tapi..”

“ Awak nak ikut tak? Saya nak buka ikatan ni. please… saya takut.” Rayuku akhirnya. Biarlah dia nak kata apa-apa pun dekat aku. yang pasti aku sangat takut.

“ Okay. Bila saya cakap tiga. Kita buka sama-sama.” Aku menghembus nafas lega. Mujurlah!

“ Okay. Awak boleh mula kira.” Aku dah bersiap sedia pegang ikatan tuala ni.

“ Okay. Satu. Dua. Tiga.”

Dan kami berdua pun membuka ikatan tuala tersebut. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke arah Asri. Dia pun sama. Masing-masing kami terkedu dengan suasana sekeliling.

“ Awak okay?”

Aku hanya mengangguk. Dengan susah payah kami berdua bangun untuk berjalan balik ke kem. Tapi semuanya terhenti apabila kami merasa ada orang berdiri tepat di belakang kami.

“ Awak. bunyi apa tu? siapa tu?” Soalku dengan takut-takut. Tapi dia hanya menggeleng.

Aku dan dia saling berpandangan sebelum mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang.

“ Mak!!”

“ Awak!”

**
“ Annie. Bangun Annie.”

Kepalaku terasa berat sangat. Tapi aku berusaha juga membuka kelopak mataku. Dan terpampang wajah Qila dan cikgu Aziah. Aku ada dekat mana ni?

“ Alhamdulillah. Sedar juga kau. Buat aku risau je.”

Aku berusaha bangun untuk duduk. Aku tengok Qila dengan kerutan di dahi.

“ Annie? Kamu okay ke?” Soal cikgu Aziah.

“ Okay. Cuma kepala rasa sakit sikit. Saya ada dekat mana ni cikgu?”

“ Ada dalam khemah cikgu. Kamu jangan risau kamu selamat. Macam mana kamu boleh pengsan?”

Tiba-tiba aku teringat balik apa yang berlaku semalam. Memang menggerunkan.

“ Saya ternampak kelibat seorang perempuan yang buruk wajahnya. Macam hantu. Sebab tu lah saya pengsan. Maaf cikgu. Masa tu saya dah buka ikatan. Saya takut dan nak balik kem.” Jelasku dengan rasa serba salah.

“ Tak apa. cikgu tak marah. Cikgu faham. Nasib baik Asri ada.”

Ha! Asri!

“ Dia macam mana cikgu?” Soalku ingin tahu.

“ Dia ada dekat luar. Kamu berehatlah. Petang nanti kita dah nak bertolak balik.”

Aku hanya memandang kelibat cikgu keluar daripada khemah. Tinggal Qila bersama aku.

“ Beb. Macam mana aku boleh ada dalam khemah cikgu? Asri macam mana?”

“ Kau beruntung beb. Nasib baik Asri ada masa tu. kalau tak entahlah apa jadi. Dia berusaha papah kau balik kem. Dan kalau kau nak tahu apa yang kau nampak tu orang. Salah seorang abang pesi kita yang menyamar jadi hantu.” Qila ketawa tiba-tiba.

Aku tersentak.

“ Ha. Padan muka diorang. Nak sangat buat aku takut kan? Tapi betul ke Asri papah aku?” Okay! Aku dah mula malu.

“ Yala beb. Masa kau pengsan tu abang pesi kita dah gelabah dah. Mereka lah tolong kau. Abang tu rasa bersalah sangat dan nak minta maaf dekat kau. Asri tu.. nasib baik dia tak cepat melatah. Sebab dia tau kot yang tu bukan hantu. Tapi kelakarlah. Haha. Beb! Muka Asri masa tu memang risau habis bila tengok kau.”

Aku mencebik. Memandai je Qila ni. Tapi aku kena cakap terima kasih dekat Asri. Kalau bukan sebab dia mesti aku takkan ada dekat sini.

“ Dan.. aku lupa nak cakap dekat kau. Orang yang asyik perhati kau semalam tu …”

Aku terus menoleh ke arah Qila.

“ Siapa? jangan buat aku tertanya-tanya boleh tak?”

“ hehe. Asri lah. Dia lah yang asyik pandang kau. Aku rasa dia suka kaulah. Hihi.”

Aku terdiam. Ceh. Dia ke orangnya?

“ Mengarutlah kau ni. dah aku nak balik khemah. Nak kemas barang. Jom.”

Tanpa berlengah aku pun keluar daripada khemah cikgu. Sebaik sahaja aku keluar. Aku dapat lihat Asri dan seorang abang pesi sedang berbual. Lantas aku mendekati mereka.

“ Asri. Terima kasih sebab tolong saya semalam.” Dengan malunya aku ucapkan terima kasih.

“ Tak ada apa-apalah. Lagipun awak dalam kesusahan. Mestila saya bantu.” Balasnya dengan senyuman.

“ Annie. Abang minta maaf. Abang yang buat kamu pengsan semalam.”

Aku tersengih.

“ Lain kali buat lagi tau?” Perliku. Dia hanya tersengih.

“ Okaylah. Saya gerak ke khemah dulu.”

Sebelum aku gerak sempat lagi aku menjeling ke arah Asri. Dan tak sangka Asri turut menjelingku. Adoi! Malu!

**
Semenjak tadi lagi. Aku perasan dia asyik perhati aku. semenjak daripada naik bas lagi. Tapi bila aku toleh ke arah dia. Cepat-cepat dia pandang ke arah lain. Amboi dia! Pandai curi-curi tengok kita noh.

“ Kau ni dah kenapa Annie? Dari tadi asyik membebel je.” Qila menegur.

Aku tersengih lantas menggelengkan kepala. Kalau aku cakap dekat Qila. Confirm dia sokong dan pergi tanya Asri tu. Lebih baik aku diam.

“ Aku perasan kan? dia asyik tengok kau je dari kem tadi. Aku rasa dia suka kau lah Annie.” Aku tersedak. Mujurlah air dah habis ditelan.

“ amboi. Mulut kau.”

“ Betullah. Aku tak tipu.”

Ya. Aku tau Qila. Aku pun perasan. Dan sekarang ni aku pula asyik perhati dia. dah jadi hobi pula aku asyik pandang dia. aku nak tengok sejauh mana dia boleh mengelak.

“ Jom pergi makan. Lapar. Lagipun lambat lagi nak naik bas.”

Alang-alang dah sampai Ipoh ni. Cikgu sempat bawa kami jalan-jalan. Ambil angin katanya. Eloklah sebelum balik Penang kan?

“ Kau pergi dulu. Aku nak ambil duit. Kau jangan lupa jaga tempat aku sama.”

Aku hanya mengangguk lantas pergi ke sebuah kedai. Macam-macam ada. Tapi satu pun tak menarik perhatian. Holla!

“ makan apa?” Aku pandang kiri.

“ Makan lah apa-apa je pun .” balasku selamba.

“ Amboi. Garangnya.” Aik? Dia ni nak cari fasal dengan aku ka apa?

Baru saja aku nak membalas, dia terlebih dahulu melangkah meninggalkan aku. sajalah tu nak mengelat. Siap kau!

Selesai saja membeli makanan dan ambil tempat, aku tak tahu kenapa mata aku ni tak mahu berganjak daripada tengok dia. aku sedar sesekali dia curi tengok aku. tapi dia mengelak setiap kali aku nak pandang dia. Ni nak marah ni. Cewah.

“ Tengok buah hati ke?” Qila datang-datang terus mengusik. Adoi!

“ Whatever. Dah jom makan.”

Daripada aku tengok muka dia yang tak kenyang tu. baik aku makan. Kenyang pun kenyang. Kakaka.

**
“ Annie! Tunggu!”

Langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Datang Asyraf dengan keadaan termengah-mengah. Dah kenapa?

“ Kau asal Acap?” Tegur Qila.

“ Ni. Ada orang suruh aku sampaikan something dekat kau. Dia nak cakap sendiri malu.”

Aku dan Qila. Masing-masing menjongketkan bahu.

“ Cakapla. Apa?”

Aku dah berdebar menanti apa yang dia akan cakapkan.

“ Asri. Dia suruh aku cakap dekat kau yang dia suka dekat kau. Dan dia kirim salam.”

Ternganga! Yes itulah aku. Serius aku terkejut. Qila di sebelah dah tersengih.

“ Kalau betul dia suka aku. Suruh dia beritahu aku sendirilah.” Jawabku selamba lantas berlalu naik ke atas bas. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Dan tanpa aku sedar, senyuman telah terukir dekat bibir.

“ Annie.”

Qila tersengih memandangku.

“ Tengok. Aku dah agak.” Aku hanya tersenyum malu.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum aku bertolak balik ke Penang. Dan aku tak percaya yang aku dan dia akan jadi macam ni? Wah! Perkenalan yang cukup singkat.

“ Beb. Betul ke dia suka aku? Or mimpi je ni?” Aku menampar wajahku dengan perlahan.

“ Realiti cek oi. Meh nak tolong tampar pipi kau.”

“ Ouch! Sakitlah!” Aku merungut geram. Habis pipi aku merah.

“ Ha. Realiti kan? tapi aku sukalah tengok dia. dia baik dan aku rasa dia sesuai digandingkan dengan kau. Hihi.”

Aku hanya menjeling Qila dengan pandangan kosong. Pandai je dia kan? tapi.. Tak tahu kenapa aku rasa bahagia tiba-tiba. Ewah! Cinta sudah datang ke? Haha.

**
Ya Allah. Terasa kejap je masa berlalu. Lagi sejam aku nak bertolak balik ke Penang. Sedih pula nak tinggalkan negara Ipoh ni. haih. Sedih tinggalkan bumi Ipoh ke sedih tinggalkan Asri? Erk! HIhi.

“ Okay semua. Cikgu nak ucapkan terima kasih atas kerjasama korang semua terutama sekolah Ipoh. Terima kasih kerana sudi join kem kali ini. Cikgu harap kita dapat berjumpa lagi nanti.”

Qila tiba-tiba menyiku lenganku dan membuatku terjerit kecil. mujur cikgu tak perasan.

“ Kau dah kenapa?” Soalku geram. Orang punya kyusuk nak dengar cikgu cakap. Dia boleh siku aku.

“ Tu. ada orang panggil kau.”

Aku toleh ke belakang. Apabila tengok Asyraf aku senyum senget. Aku tanya dia kenapa melalui reaksi muka aku.

Ternyata, dia menyuruh aku tunggu kejap. Jangan naik bas lagi. Ceh. Nak sampaikan apa lagi agaknya tu.

“ Aku rasa dia nak cakap sendiri dekat kau kot.” Qila bersuara. Aku hanya menjongketkan bahu. Tapi dalam hati sudah tersenyum lebar.

Hampir 15 minit juga baru selesai majlis perpisahan itu. Dan kami ambil peluang untuk mengucapkan selamat tinggal pada sekolah lain. Tak kurang juga aku dengan Qila.

“ ha. Nak apa?” Soalku pada Asyraf.

“ Jap. Asri! Sini! Aku dah tolong panggilkan. Sekarang giliran kau okay.”

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Dah kenapa ni? apabila Asri berdiri tepat di depan mata aku. aku hanya berdiam diri.

“ Nah..”

Tiba-tiba dia menghulurkan aku secebis kertas. Aku hanya ambil dan baca.

Saya Asri. Nak cakap perkataan ni kat awak.
I LOVE YOU

Ni nombor telefon saya. Jangan lupa call okay. 011-2234167

Aku terpaku. Dengan berdebarnya aku mendongak melihatnya. Dia kelihatan macho apabila tersenyum macam tu walaupun wajahnya hitam-hitam manis. Aku jadi turut tersenyum.

Akhirnya aku koyakkan sikit kertas tadi dan menulis sesuatu pada kertas itu.

Saya Annie. Nak cakap juga kat awak.
THANKS

Nah. Nombor telefon saya. 011-9573177

Aku menyerahkan pada dia. tanpa berlengah aku pantas menarik tangan Qila dan naik ke atas bas. Sungguh! Aku rasa malu tiba-tiba. Hihi. Ya Allah. Adakah ini rasanya sayang? Cinta? Erk!

Apabila aku duduk. Aku toleh ke arah tingkap. Dan aku dan Qila terkejut. Dia buat bentuk love dengan tangan kecilnya itu ke arahku sambil tersenyum. Qila dah tersengih. Aku pula tunduk malu. Apa-apa pun terima kasih awak.

**
5 tahun kemudian

“ Qila! Aku nak keluar kejap. Kau tolong jagakan kedai.”

Aku bergegas keluar daripada butik apabila mendapat panggilan kecemasan daripada seseorang. Siapa lagi kalau bukan buah hati tercinta.

Haih. Dia ni pun satu. Apa yang emergency sangat sampai suruh aku balik rumah. Mak aku tau ke dia ada dekat sana? Or dia balik mengejut? Haish.

Hampir 30 minit juga baru aku sampai dekat rumah. Tapi kereta dia saja yang kelihatan.

“ Assalamualaikum.”

Aik? Tak ada orang menyahut pun. Ada orang ke tak ni?

“ Mak! Ayah!”

Aku pusing satu ruang tamu tu. Tapi tiada seorang pun yang menyahut panggilan aku. Ha ni yang buat aku seram sejuk ni.

“ Annie shahirah.”

Aku terkedu saat mendengar namaku dipanggil oleh suara garau itu. perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Dan aku terkedu melihat dia yang segak berpakaian casual. Ada majlis apa-apa ke sampai dia pakai baju tu?

“ Awak nak hadir majlis apa-apa ke?” Soalku blur.

“ Annie…”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. Tiba-tiba dia menghulurkan aku segugus anak kunci.

“ Nak buat apa dengan kunci yang banyak ni? Kunci apa ni?” Soalku lalu mengambil kunci-kunci tersebut.

“ Awak pilih antara banyak-banyak tu untuk buka peti kecil ni. Bayangkan kunci ni adalah kunci untuk buka pintu hati awak untuk saya.” Aku terteguk air liur.

“ Kalau salah?” Dugaku.

Dia tersenyum lantas menggeleng.

“ Saya tahu awak takkan salah. Cubalah. Nah. Saya beri awak masa untuk pilih yang mana kunci yang sesuai. Sebab ada sesuatu dalam ni. Untuk awak juga.”

Aku membelek kunci-kunci tersebut dengan debaran. Ya Allah. Bantu aku untuk cari kunci yang sesuai untuk buka peti tu. Aku memejamkan mata sambil memegang anak-anak kunci tersebut. Dengan tenangnya aku mencapai satu anak kunci lantas aku membuka mata dan mendongak melihat Asri. Dia tersenyum.

“ Saya pilih kunci ni.” Jawabku dengan tenang dan penuh yakin.

“ Alhamdulillah. Okay sila buka.”

Dengan lafaz bismillah aku membuka peti tersebut. Dalam kiraan satu dua dan tiga. Ya Allah. Aku terkejut. Peti itu terbuka. Jadi kunci tadi? Aku memandangnya.

“ Saya yakin kita berjodoh.”

Aku buka peti tersebut untuk tengok isi di dalamnya. Sekali lagi aku terkedu. Sebentuk cincin!

“ Annie shahirah.”

Tiba-tiba dia melutut depan aku dengan senyuman lebar.

“ Sudikah awak menjadi isteri saya?”

Aku menekup mulut dengan renungan tak percaya.

“ Asri?”

“ Kalau awak sudi awak sarungkan cincin tu ke jari awak. Kalau tak saya faham.”

Aku akhirnya tersenyum lebar. Tanpa teragak-agak aku menyarungkan cincin tersebut ke jari manis aku. Ya Allah. Bahagianya rasa.

“ Alhamdulillah. Terima kasih awak.”

Aku rasa nak menangis. Tangisan kegembiraan.

Tiba-tiba terdengar bunyi tepukan daripada belakang. Mak? Ayah?

“ Tahniah Asri. Berjaya juga kamu. Kan pakcik dah cakap.”

Oh! Mak dan ayah bersubahat dengan Asri rupanya. Hampeh!

“Jadi?” Aku memandang mereka semua dengan kerutan di dahi.

“ Kita kahwin hujung minggu ni.” aku ternganga.

“ What?! Asri!”

“ Hahaha.”

Aku terus menampar lengannya dengan beg tanganku. Padan muka dia! sengaja buat aku malu kan?

“ Gurau je lah sayang. Hihi.”

“ Gurau-gurau. Ceh! Dah nak pergi butik. Bye!”

Terus aku berlalu meninggalkan dia. tapi hati aku tersenyum bahagia.

“ Awak!”

Langkahku terhenti. Tapi tak pula aku menoleh ke belakang.

“ Saya dah jatuh hati sama awak.”

Dan.. aku pun menoleh dengan senyuman lebar. Aku pun dah jatuh hati sama dia. thanks!

~Tamat~

Senin, 24 November 2014

Cerpen : Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum. Wah. Kata nak upload esok. Tapi tak jadi. Gara-gara excited sangat. Haha. 
Tapi sebelum tu aku nak minta maaf. Maybe sambungan cerpen JANGAN CINTAI AKU ni tak begitu memuaskan. Penat tau perah otak. Tapi hanya ini hasil yang mampu aku berikan untuk hampa. Ermm.. Tak guna aku terus berleter. Jadi teruskan baca. >_<



“ Macam mana kita nak buat ni cik? Semua orang rasanya dah balik.”

Mila memicit perlahan dahinya sambil berfikir. Dia pening. Bagaimana dia harus lakukan?

“ Macam ni lah. Kamu pergi buat laporan tu semula. Lepas dah siap kamu letak atas meja saya. Saya nak pergi cari stok barang tu. Nak tengok kalau masih ada. Harap-harap adalah. Kalau barang tu ada, senanglah kerja kita. Kita terus je hantar dekat syarikat tu.” Mila memberikan arahan. Hanya itu saja jalan penyelesaian yang dia dapat cari.

“ Baik cik.”

Mila mencapai telefon bimbit yang berada dalam begnya. Lantas dia mendail nombor rumah.

“ Helo. Assalamualaikum. “

“ Waalaikumussalam. Nek. Mila ni.”

Mila melangkah ke arah lif untuk menuju ke stor. Dia perlu cepat. Kalau tidak syarikat tu akan tarik balik pelaburan dia.

“ Kamu ada dekat mana Mila? Dah pukul 8 ni. Banyak lagi ke kerja kamu tu?”

“ Nenek. Mila lambat sikitlah. Nenek makan dulu. Nenek jangan tunggu Mila balik tau. Sebab ada masalah sikit yang perlu Mila selesaikan. Nenek okay kan? Arish ada dekat situ tak?”

Apabila pintu lif terbuka, dia terus masuk dan tekan butang lif untuk ke tingkat paling bawah.

“ Arish ada. Kenapa?”

“ Bagi telefon dekat Arish kejap. Mila nak cakap sikit dengan dia.”

Ting!

Pintu lif pun terbuka. Tanpa berlengah, Mila pantas bergegas ke bilik stor. Di mana kebanyakan stok barang yang nak habis tersimpan dekat situ. Dia perlu cepat.

“ Helo.”

“ Helo Arish. Akak nak minta tolong sikit daripada kamu ni. Tolong jaga nenek. Jangan lupa bagi nenek makan ubat sebelum tidur. Kalau boleh kamu duduk situ sampai akak balik. Boleh kan?”

“ Okay kak. Akak lambat lagi ke? Kalau lambat Arish nak stay je sampai pagi esok. Esok pagi baru Arish gerak balik KL.”

“ Akak pun tak tahulah. Kalau Arish rasa boleh stay. Akak sangat-sangat bersyukur.”

“ Jangan risau kak. Nenek tu dah Arish anggap macam nenek Arish juga. Akak buatlah kerja akak tu. Jangan balik lewat sangat. Arish letak dulu. Assalamualaikum.”

“ Okay. Terima kasih Arish. Sama-sama.”

Mila menghembus nafas lega. Mujurlah adik angkatnya tu ada. Kalau tak dia tak tahu nak buat macam mana. Dahlah nenek tinggal seorang dekat rumah tu. kalau dia tiada nenek keseorangan. Ya Allah. Lindungilah mereka.

Mila membuka pintu stor dan membuka lampu. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Banyaknya barang. Agaknya sampai pagi esok pun belum tentu aku akan jumpa. Haish! Kau tak boleh macam ni Mila. Mana semangat kau? You can do it Mila!

Tanpa melengahkan masa, Mila memulakan misi pencariannya. Dari kiri dia ke kanan. Sampai terpaksa tunduk ke bawah meja. Terlalu banyak kotak kosong yang perlu dia buka. Sampai satu tahap dia rasa nak nangis je. Sebab barang yang dia nak belum dijumpai.

“ Astagfirullah!”

Mila mengurut dadanya perlahan apabila tiba-tiba ada seekor tikus lalu di depan matanya. Ya Allah. Buat aku terkejut je tikus ni.

“ Mana ni? ya Allah. Bantulah aku. Nak cari sekotak ja pun. Tapi tu pun.. Allah!”

Mila menyeka peluh yang mula menitis. Kotak tu kecil. tapi dekat sini banyak kotak besar. Tak salah aku rantai tu masih ada. Satu lagi je yang tinggal. Tapi diorang letak mana?

“ Boleh saya tolong?”

“ Astagfirullah!”  Mila mengurut dadanya perlahan apabila secara tiba-tiba disergah. Dua kali dah. Mahu aku pengsan juga kot nanti.

“ Maaf.”

Mila menoleh ke belakang. Dia buat muka geram. Rasa nak tumbuk je muka dia tu. huh!

“ Cari apa?”

“ Cari kotak kecil warna merah. Dalam tu ada rantai.” Ujar Mila sambil meneruskan pencariannya.

“ Biar saya tolong. Saya tengok dah nak dekat setengah jam awak cari.”

“ mana awak tahu saya ada dekat sini?”

“ Luqman beritahu. Dia pun sedang gigih siapkan sesuatu. Kenapa awak tak beritahu saya?”

“ Saya ingat awak dah balik.”

Akhirnya, mata Mila tertancap pada satu kotak merah yang berada jauh bawah meja komputer. Dia tunduk dan mencapai kotak tersebut. Apabila dibuka, dia mengucap syukur.

“ Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Terima kasih ya Allah.”

Tanpa disedari, air matanya mengalir. Tanda dia amat bersyukur.

“ Kenapa nangis?” Soal Iman pelik.

“ Awak duk diam sudah. Jom kita keluar. Saya nak balik cepat ni.”

Baru sahaja Mila nak melangkah keluar, dia terpijak sesuatu.

“ Eh?”

Mila tunduk lalu mengambil benda yang dipijaknya sebentar tadi.

“ Eh? Datang dari mana getah rambut berbunga tu. Cutenya.” Mila tersenyum hambar.

Tiba-tiba dia teringat seseorang yang ada kaitan dengan getah rambut ni.

**
“ Awak? apa yang awak beli tu?”

Mila menegur apabila daripada tadi Haris asyik leka memandang plastik hitam tersebut. Dah serupa orang angau.

“ Nak ke?” Duga Haris dengan sengihan.

“ Kenapa? Nak bagi ke? Saya okay je.”

Haris tersenyum lantas memberikan bungkusan kecil itu pada Mila.

“ Memang untuk awak pun. Nah. Jangan bagi hilang tau. Jaga baik-baik.”

Mila menjongket kening. Apa benda la.

“ Ha? Getah rambut? Berbunga pula tu.” Mila menyoal dengan kerutan di dahi.

“ Hehe. Awak mesti comel kalau ikat rambut guna getah rambut tu. jadi macam budak-budaklah sikit. Hihi.”

Mila terus tampar bahu Haris yang sedang ketawa itu.

“ Cis! Awak ni…”

“ Ingat tau. Pakai dan jaga baik-baik. Ikhlas tu.”

“ Okay fine!”

**
“ Mila? Hey! Kenapa ni?”

Mila tersedar sebaik saja disergah Iman. Dia pantas menyeka air mata yang ingin mengalir itu. ya Allah. Kenapa aku teringatkan dia lagi. Dia dah bahagia. Mungkin sudah melupakan aku. jadi buat apa aku ingatkan dia lagi?

“ Jom balik.” Ajak Mila lantas menuju ke arah lif.

“ Awak okay ke tak?”

“ Okay je. jangan risau.”

Sememangnya dia amat merindui lelaki itu. sepanjang tiga tahun ini, dia gagal untuk melupakan lelaki itu. Tapi dia bersyukur kerana dia dapat buat hidup lelaki itu bahagia. Dia tahu itu yang terbaik buat diri Haris. Walaupun dia tak tahu apa yang terjadi pada Haris. Dia sentiasa doakan yang terbaik untuk Haris.

“ Awak. saya nak cakap sikit boleh?”

“ Cakap jelah. Semenjak bila nak minta izin ni?”

Mila tunduk memandang lantai. lambat pula lif ni nak naik. Aku dah rasa lain macam je ni.

“ Awak masih tak dapat lupakan dia kan?”

Mila tersentak besar. Tapi tak pula dia mendongak memandang Iman.

“ Siapa?” Mila buat-buat tanya.

“ Jangan nak berdalih Mila. Saya tahu awak masih sayangkan Haris kan?”

Mila mengetap bibir. Ya Allah. Sememangnya dia seorang kawan yang sangat faham perasaan aku. Iman. Semenjak aku masih kerja di sini, dialah yang banyak membantu aku dan sedia mendengar segala luahan hati aku. tapi maaf… Aku masih belum dapat buka hati untuk dia even aku tahu dia ada perasaan dekat aku.

“ Kenapa saya perlu ingat dia lagi? Dia dah tak ada apa-apalah dalam hidup saya Iman. Dia kisah silam saya.” Mila masih menafikan perasaan dia.

Iman tersenyum sinis.

“ Awak boleh tipu saya. Tapi awak tak boleh tipu hati awak. sejauh mana pun awak mengelak, awak tak dapat tipu yang awak masih sayangkan Haris. Saya tahu.”

“ Ya. Memang saya sedang rindukan dia tapi tak bermakna saya masih cintakan dia.” akui Mila.

Iman tersenyum hambar. Akhirnya dia mengaku juga.

“ Kenapa awak tak cari dia?”

“ Berhak ke saya untuk cari dia? jangan-jangan dia dah bahagia sekarang.”

“ Mana awak tahu dia bahagia? Jangan-jangan dia sedang cari awak sekarang. Awak mana tahu? Kalau dah jodoh, lari lah ke hujung dunia pun. Tetap akan bersama. Cuma awak ego Mila. Awak ego. Hanya kerana ayah dia tak suka awak. awak terus lari daripada dia. sepatutnya awak kena lawan dan harungi bersama dia. bukan lari macam pengecut ni. awak perlu berjuang Mila.”

Mila terbungkam. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.

“ Awak tak tahu apa yang saya rasa! Awak tak pernah dihina sedemikian. Jadi mudahlah awak cakap macam tu!” Bentak Mila.

Apabila pintu lif terbuka, dia pantas melarikan diri daripada situ.

Iman yang melihat hanya mampu menggeleng. Sebab saya faham saya cakap macam tu Mila. Sebab saya sayang awaklah saya tegur awak. saya tak nak awak terseksa.

**
Matanya tak lepas memandang perilaku Mak Siah yang sedang sibuk di dapur ketika. Mata ja tengok tapi fikiran melayang entah ke mana. Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap muram. Sampai naik hairan Mak Siah dibuatnya.

“ Dah kenapa dengan cucu nenek yang sorang ni.” Suara Mak Siah setelah lama berdiam diri.

“ Tak ada apa-apa. Arash dah balik sana ke?” Mila mencapai roti lalu memasukkannya ke dalam mulut.

“ Ada lagi. Entah bangun lagi ke tak nenek pun tak tahu. Kamu bila nak pergi kerja? dah lewat ni. selalunya masa la kamu dah gerak.”

“ Cuti. Mila ambil cuti sehari. Penat asyik hadap kotak-kotak ja.”

Mila ambil cuti bukan sebab itu. Tapi sebab Iman. Dia rasa bengang dan malu dengan Iman. Gara-gara hal semalam.

“ Assalamualaikum nek. Akak.” Arash pun muncul bersama senyuman.

“ Bangun pun kau. Akak ingat tak bangun lagi. Pukul berapa nak bertolak balik ke KL?” Soal Mila lantas menghabiskan sarapannya.

“ Kejap lagi nak balik la ni. Papa dan mama jemput akak dan nenek ke sana. Katanya rindu.”

Mila tersenyum kecil.

“ Nenek okay je Arash. Akak kamu ni je yang tak nak. Kejap busylah. Kejap penatlah. Macam-macam alasan dia.”

Mila tersengih. Tahu yang neneknya tengah menyindirnya. Ada sebab mengapa dia tak mahu menjejakkan kaki ke KL. Sebab siapa lagi kalau bukan Haris. Dia takut terserempak dengan Haris. Dia tak nak.

“ Ala kak. Jomlah. Papa dan mama rindu akak ni. katanya dah lama tak jumpa. Ni pun nasib baik Arash datang. Tu pun sebab ada hal. Kalau tak bila lagilah nak jumpa. Ya tak nek?”

“ Betul tu Arash. Entahlah. Akak kamu ni degil sangat. Nenek pun tak tau nak kata apa dah.”

Mila tunduk memandang jari. Haih.. Rasa serba salahlah pula.

“ Tapi kita pergi sehari je. tak nak tidur sana. Esok akak kerja. boleh?” Akhirnya Mila mengalah. Dia tak nak terlalu ikutkan ego dan rasa takut. Sampai bila dia harus lari? Kalau dah takdir Allah dia akan dipertemukan dengan Haris. Dia tak dapat mengelak.

“ Yeay! Akhirnya. Dah..nenek dan akak cepat pergi siap. Arash tunggu dekat luar.”

Badan Mila ditolak Arash dengan senyuman. Mila pula hanya menggeleng melihat telatah adik angkatnya itu.

“ Akak tahulah. Ingat akak ni patung ke?”

“ hehe…”

**
Dua jam telah pun berlalu semenjak dia sampai ke rumah orang tua angkatnya itu. sebenarnya dia tak sangka dia akan ada keluarga angkat. Semua ni berlaku terlalu cepat. Semuanya kerana Arash.

Setahun yang lalu, Mila telah berjaya selamatkan Arash dengan mendermakan darah pada Arash. Kerana masa tu Arash kemalangan dan kehilangan banyak darah. Tak tahu kenapa dia tergerak hati untuk mendermakan darahnya pada Arash. Dan mulai pada hari tu, keluarga Arash terus ambil dia sebagai anak angkat. Arashlah orang paling bahagia masa tu. dia sendiri pun tak sangka. Alhamdulillah.

“ Termenung apa tu Mila?” Muncul Puan Hayati bersama senyuman.

“ Eh mama. Tak adalah. Cuma teringat sesuatu.” Mila membalas senyuman ibu angkatnya itu.

“ Teringatkan siapa? buah hati erk?”

Mila tersenyum pahit. Buah hati?

“ Mana ada buah hati mama. Mila still single. Lagipun tak ada siapa pun yang nakkan Mila ni.”

Mila tersenyum dalam kepahitan. Tiba-tiba muncul satu wajah difikirannya. Haris!

“ Mila je yang terlalu merendah diri ni. Ada je yang nak. Kan?” bahu anaknya itu dirangkul erat.

“ Mama. Terima kasih. Mila beruntung kerana mama sudi ambil Mila sebagai anak angkat. Dapat juga Mila merasa kasih sayang seorang ibu setelah lama tidak merasa. Terima kasih mama.” Ujar Mila dengan nada sayu. Dia sedih dan terharu.

“ Mama yang sepatutnya ucap terima kasih. Kalau Mila tak ada masa tu. Maybe Arash dah tiada dalam dunia ni. terima kasih sayang.”

Akhirnya Mila memeluk erat ibunya dengan linangan air mata. Sememangnya dia seorang wanita yang murah dengan air mata. Tapi dengan air mata jugalah dia berjaya bangun dan kuatkan dirinya semula.

“ Mama. Akak. Arash nak bawa akak pergi ronda KL. Boleh tak?”

Mila meleraikan pelukan dan menyeka air mata yang mengalir tadi. Dia tersenyum pada Arash.

“ Nak pergi mana? Jangan bawa jauh-jauh. Nanti lewat pula balik.” pesan Puan Hayati.

“ Baik boss! Jom akak.”

Mila hanya mengangguk lantas menyalami Puan Hayati. Tudungnya yang senget itu diperbetulkan sebelum masuk ke dalam kereta. Ya Allah. Tolong bawa pergi kesedihan ini. aku tak nak percutian hari ni berlalu dengan rasa kecewa.

**
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
One, two, three, four.

Mila tertarik apabila mendengar lagu itu. Lantas dia menguatkan volume suara. Arash di sebelah sudah turut serta menyanyi. Mila tersenyum.

Pagiku mula dengan cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh

Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah

Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama

Senyumlah semua
Dunia turut senyum

Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu

Senyum, senyum denganku
Tarapapapa

Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Mila mengerling ke kiri. Arash sudah tersenyum puas selepas menyanyikan lagu tadi. Aku pun  jadi nak senyum selepas dengar lagu tadi. Comel je.

“ Jadi.. akak senyumlah macam penyanyi tadi kata ye? Kerana senyumamu yang manis dan indah.”
Mila tertawa kecil.

“ amboi. Pandai dah dia.”

Arash tersengih sambil menggaru keningnya.

“ Kita nak ke mana?”

Mila tengok sekeliling. Dah masuk kawasan taman ni. besar dan ramai orang. Macam best je.

“ Dah sampai pun. Jom.”

Mila keluar daripada kereta dan mengikut langkah Arash. Wah! Rasa tenang je bila ada dekat sini. Bebas tanpa masalah.

“ Kita ambil tempat strategik sikit okay?” Mila hanya mengangguk. Apa-apa jelah Arash oii.

Akhirnya, Arash ambil tempat tepat di hadapan tasik yang nyaman bila dipandang.

“ Okay. Akak duduk sini. Arash duduk sini.”

Kami duduk saling bertatapan. Mila sendiri tak tahu apa yang ingin dilakukan Arash tapi dia hanya menurut.

“ Okay… Jadi?” Mila menyoal dengan kerutan di dahi.

“ Arash nak kenalkan akak dengan seseorang. Akak tunggu kejap.” Mila terdiam. Patutlah ceria je tadi. Adoi Arash ni.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Muncul seorang perempuan bertudung ke arah mereka dengan senyuman manisnya itu. Mila memandang mereka berdua silih berganti lantas tersenyum. Pandai Arash pilih.

“ Buah hati Arash erk?” Usik Mila.

“ hehe. Nampak gayanya macam tu lah.” Mila tertawa kecil.

“ Dah. Duduk. Jadi tujuan Arash bawa akak ke sini?”

“ Nak minta restu akak dan nak tunjuk dekat akak siapa orang yang berjaya menambat hati Arash.”

Mila tersenyum lagi.

“ Kenapa mesti akak? Papa dan mama?”

“ Mereka dah tahu lebih awal. Sekarang giliran akak. Maaf beritahu lambat.”

Mila merenung perempuan di sebelah Arash dengan senyuman. Dalam hati dia rasa bersyukur kerana Arash pandai pilih. Pada masa yang sama dia teringat seseorang. Argh! Dia lagi!

“ Mereka okay ke?”

“ Alhamdulillah okay.”

“ Kalau mereka okay akak pun okay. Tapi ingat! Jaga batas pergaulan kamu berdua. Selagi belum halal selagi tu ada batas-batasnya. Faham?”

“ baik maam!”

Akhirnya kami sama-sama ketawa. Ya Allah. Semoga jodoh mereka berkekalan. Jangan lah mereka jadi macam aku. Aku tak nak mereka derita.

“ Akak tiba-tiba rasa nak makan ais krim. Ermm.. siapa nama buah hati Arash ni? lupa pula tanya.”

“ Syafika.” Alahai. Lembutnya suara. Patutlah Arash terpikat.

“ Ha Fika. Jom teman akak beli ais krim. Arash duduk sini. Jangan ke mana-mana.”

“ Okay!”

Aku melihat Syafika dengan senyuman kecil.

“ Akak harap Syafika mampu jadi yang terbaik untuk Arash. Kalau bergaduh tu perkara biasalah. Tanda sayang kan?” Sempat lagi Mila berikan pesanan untuk mereka berdua.

“ Terima kasih kak.” Syafika mengucapkan terima kasih pada Mila kerana sudi berikan nasihat.

“ Okay. Dah Syafika pilih nak yang mana. Akak belanja.”

“ Ermm.. vanillah kak. Arash tu coklat.”

“ Okay. Pakcik. Vanila dua. Coklat satu.” Pesan Mila lantas bergerak ke tepi bagi memberikan laluan pada orang di belakangnya untuk membuat pesanan.

“ Pakcik. Vanila satu.”

Mila yang sedang elok tersenyum tadi terus mati senyumannya. Dia terkejut mendengar suara itu. suara yang telah lama dia tidak dengari. Dengan rasa takut dia menoleh ke belakang.

“ Mila!”

Mila tersentak. Ya Allah. Haris!

“ Mila? Mila kan?”

Tanpa berlengah, Mila menarik tangan Syafika untuk berlalu daripada situ. Ya Allah. Inilah yang aku paling takutkan.

“ Mila!”

Mila pantas menyeka air matanya yang mengalir tadi. Dia tak nak bertembung dengan Haris lagi. Dia tak nak!

“ Akak?”

Arash terkejut melihat wajah Mila yang basah dengan air mata itu. dia melihat Syafika tapi Syafika hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“ Arash. Hantar akak balik. akak rasa tak sihat. Syafika ikut sekali.”

Tanpa menunggu jawapan Arash, Mila berlalu ke kereta. Dia tak nak Haris jumpa dia dan halang dia pergi.
Tapi semuanya dah terlambat. Baru saja Mila nak melangkah pergi, tangannya terlebih dahulu diraih oleh seseorang. Langkah Mila terus terhenti. Ya Allah! Mila memejamkan matanya erat. Dia tahu siapa yang menarik tangannya itu.

“ Abang Haris!”

Mila tersentak. Arash kenal?

“ Arash. Tinggalkan kami berdua. Nanti abang hantar akak balik.”

Mila mengetap bibir kuat. Ya Allah. Betapa kecilnya dunia ini. tak sangka mereka saling mengenali.

“ Mila. Please…”

Haris melepaskan pegangannya dan lantas berdiri tepat di depan Mila. Ternyata Mila dah banyak berubah.

“ Apa.. apa awak buat dekat sini?” Mila masih tak mampu untuk bertentang mata dengan Haris. Dia takut Haris perasan akan perasaannya saat ini.

“ Awak apa khabar? Sihat?” Tajam Haris merenung dirinya saat itu. Sememangnya Haris sangat merindui Mila. Hanya Allah yang tahu betapa dia berusaha mencari Mila selama ini.

“ Erk.. saya sihat je. awak?” Mila masih tunduk memandang tanah. Perasaannya saat ini jangan cakaplah.

“ Tak. Luaran memang nampak sihat. Tapi dalaman tak. Hati saya tak sihat awak. saya rindukan awak. terlalu rindu. Dah lama saya cari awak. saya langsung tak pernah berputus asa untuk mencari awak. dan alhamdulillah. Allah pertemukan kita hari ini. dan tak sangka Arash kenal awak.”

Mila terdiam.

“ Untuk apa awak cari saya lagi? Kan saya dah kata jangan cari saya lagi. Saya tak bermakna apa-apa pun untuk awak Haris. tolonglah! Tolong jangan muncul depan mata saya lagi.”

Mila ingin melarikan diri daripada situ tetapi dia gagal. Haris sedaya upaya menghalang agar Mila tak berjaya melarikan diri.

“ Ya. Betul. Awak yang suruh saya jangan cari awak. tapi itu awak. bukan saya. Kalau saya dah kata sayang dan cintakan awak. itu bermakna selama-lamanya saya akan tetap cinta awak. that’s why saya tak penat cari awak Mila. Saya tahu awak pergi sebab kata-kata ayah saya kan?”

Mila terdiam lagi.

“ Saya minta maaf bagi pihak ayah saya. Dia dah menyesal awak. Dia dah terima balasan daripada Allah. Selepas awak pergi hampir seminggu. Dia tiba-tiba diserang strok. Dan sekarang dia hanya mampu duduk melihat dan mendengar. Dia dah lumpuh dan tak mampu untuk bercakap.”

Mila terbungkam. Ya Allah.

“ Dia juga yang suruh saya cari awak. dia nak minta maaf. Dia rasa sangat berdosa sebab buat awak macam tu. dia tahu dia salah.”

Mila sudah tak mampu untuk menahan air matanya daripada mengalir. Ya Allah. Adakah ini salah satu petunjukMu? Adakah benar dia jodohku ya Allah?

“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.” Haris tersenyum kecil. dia rasa bahagia sungguh saat ini. ternyata usahanya selama ini tidak sia-sia.

“ Mila..”

“ Maaf. Saya nak balik.”

Belum sempat Haris nak menghalang, Mila terlebih dahulu melarikan diri daripada situ. Berlari dengan linangan air mata.

Haris hanya mampu melihat daripada jauh. Dia tahu hati Mila sakit selama ini. Mata Mila tak dapat menipu.

‘ Ya Allah. Terima kasih kerana pertemukan kami kembali. Aku tahu dia jodoh yang kau sampaikan buatku. Ya Allah. Tolong lembutkan hati dia agar terima aku. Aku terlalu sayangkan dia.’

**
“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.”

Kata-kata itu terus bermain dalam fikirannya. Dah seminggu berlalu semenjak peristiwa itu. Tapi dia masih tak dapat lupakan wajah dan kata-kata Haris tempoh hari. Ya Allah. Terubat rindu aku pada dia.

“ Awak.”

Mila yang ralit termenung tadi tersedar apabila ditegur seseorang.

“ Eh? Iman. Bila masa awak masuk?”

Mila buat-buat membelek dokumen. Sedangkan dia langsung tak dapat tumpu pada kerja saat ini. fikirannya bercelaru semenjak pertemuannya dengan Haris tempoh hari.

“ Dah lama saya ketuk pintu tadi. Tapi tak menyahut. Jadi saya masuk je lah. Awak ni okay ke tak?”

Iman duduk di depan Mila dengan kerutan di dahi. Dia tahu Mila ada masalah. Sebab daripada semalam lagi apa saja yang Mila buat ada ja yang tak kena.

“ Saya okay. Maybe penat sikit. Sebab kerja banyak kan? Kenapa awak tak balik lagi?”

Mila merenung ke luar tingkap. Hatinya tiba-tiba rasa rindu pada seseorang. Ya Allah. Adakah dia turut merindui diriku?

“ Mila.. Awak masih cintakan dia?” Mila tersentak apabila tiba-tiba Iman tanya soalan sebegitu.

“ Kenapa awak tanya?”

“ Sebab saya nak tahu.”

“ Perlu ke awak tahu? Saya masih cintakan dia ke tak ke. Dah tak ada maknanya Iman. Saya tak layak untuk digandingkan dengan dia. itu kisah lalu. Saya tak nak ungkit lagi.” Mila tunduk memandang kaki.

“ Tapi saya ada. Saya cintakan awak Mila.” Akhirnya, Iman berjaya meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Yang dia pendam selama ini.

Mila tersentak lantas terbangun daripada kerusi. What?

“ Benar. Saya tak tipu. saya cintakan awak Mila. Sudi tak awak jadi suri hati saya?”

Mila terdiam. Ya Allah. Kenapa semua ini harus terjadi? Kenapa Kau benarkan dia cintakan aku. aku tak nak Ya Allah. Sememangnya saat ini hati aku tak dapat terima orang lain lagi selain dia.

“ Tapi saya…” Kata-kata Mila terhenti apabila matanya menangkap satu kelibat. Kelibat yang dia baru terfikir tadi. Dan kelibat itu masuk ke dalam bilik kerjanya.

“ Mila..”

Iman dan Mila. Masing-masing terkedu melihat kehadiran insan itu. Macam mana Haris tahu keberadaan Mila?

“ Mila? Siapa ni?” Soal Iman dengan tanda tanya.

“ Aku Haris. Bakal suami Mila.” Haris memperkenalkan dirinya. Iman yang mendengar terkedu seketika.

“ Maafkan aku. Tapi dia cintakan aku bukan kau. Walaupun dia boleh tipu orang lain tapi tidak aku. Aku dah kenal dia lama. Dan mulai saat ini aku takkan lepaskan dia lagi.”

Haris tersenyum kecil dengan riak yang tenang. Matanya langsung tak berkalih daripada melihat Mila. Mila sangat terkejut saat ini.

“ Aku Iman. Dan tahniah kerana kau berjaya jumpa dia. aku doakan kebahagian korang berdua. Aku pun tahu dia masih cintakan kau. Aku harap lepas ni tiada lagi halangan daripada korang berdua.” Ujar Iman sebelum berlalu daripada situ.

Mulai saat ini dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Mila. Walaupun dia sakit menahan rasa cinta itu tapi dia sanggup berkorban. Itu semua demi kebahagiaan Mila. Mila.. Saya harap awak bahagia dengan Haris. Saya yakin dia jodoh yang Allah sampaikan untuk awak.

Kini hanya tinggal mereka berdua. Keadaan kembali sunyi sepi. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut dahulu. Masing-masing lebih memilih untuk mendiamkan diri.

“ Macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?” Akhirnya Mila mengalah dan bertanya. Dia tak sanggup asyik direnung oleh Haris.

“ Arash beritahu. Awak.. saya datang nak jemput awak balik KL.”

Mila tersenyum sinis.

“ Untuk apa? untuk sakitkan hati saya lagi? Dahlah awak.”

“ Untuk jadikan awak isteri saya yang sah.” Mila terdiam.

“ Saya minta maaf atas kesilapan saya yang lalu. Tapi ayah saya benar-benar menyesal. Dia yang suruh saya bawa awak ke KL. Dia nak jumpa awak sangat. Please Mila. Saya tahu awak masih sayang saya. Kalau tak kenapa hadiah pemberian saya masih ada dekat awak?”

Mila terkedu. Dia memandang beg tangannya. Cepat-cepat dia menyembunyikan getah rambut itu ke bawah meja. Haris yang melihat tersenyum kecil. Mila..Mila.. Awak memang tak pandai tipu saya.

“ Se…sebab saya sayang nak buang.” Mila rasa gugup.

“ Cakap je lah awak tak sanggup nak buang sebab awak rindukan saya.”

“ Apa kena mengena rindu dengan barang ni pulak?”

“ Yala. Kan barang tu daripada saya. Jadi awak mesti jaga baik-baik.”

“ tak ada maknanya.”

“ Sebab awak cintakan saya.”

“ Tak.”

“ Sebab awak bencikan saya.”

“ Tak.”

Haris diam. Mila juga diam. Tetapi sesaat sebentar dia tersedar. Ya Allah. Apa aku cakap tadi?

“ Mila.. awak tak dapat tipu saya. Baik awak jujur. Kalau tak saya tefon tanya nenek. Tak pun Arash. Nak?” Haris mula mengugut.

Mila memuncung. Ish! Main ugut-ugut pula. Tak sukanya.

“ Haha. Ingat elok sangat buat muncung macam tu?”

“ Werk! Ada saya kisah?”

Haris tertawa kecil. Inilah sikap Mila yang sangat dia rindui.

“ Awak… sekali lagi saya tanya. Sudikah awak jadi suri hati saya buat selama-lamanya?”

Mila tunduk memandang lantai. akhirnya dia tersenyum kecil lantas mengangguk perlahan. Ya. Dia setuju. Rasanya dia dah tak sanggup untuk terus menahan rasa ini seorang diri. Allah dah pertemukan kembali mereka berdua. Jadi untuk apa lagi Mila menolak? Sekarang dia yakin, Haris benar-benar untuknya.

**
“ Sayang! Masuk dulu kita makan.  Semua orang dah tunggu tu.”

Mila yang elok sedang beri ikan makan pantas masuk ke dalam rumah agam itu. dia tersenyum sebaik sahaja melihat semua orang sudah berkumpul dekat meja makan. Dia je yang terakhir.

“ Duduk sini sayang.” Mila hanya menurut.

“ Macam mana dengan kamu Mila? Dah sihat?” Soal Puan Intan iaitu ibu haris.

“ Alhamdulillah sihat mak. Ayah mana mak? Kenapa dia tak turut serta?”

“ Dia tengah tidur. Dia baru lepas makan tadi. Kamu jangan risaulah. Dah makan semua.”

Alhamdulillah. Kini semuanya kembali seperti sedia kala. Mila dan ayah Haris pun dah berbaik. Malah ayah Haris sangat menyenangi kehadiran Mila dalam keluarga itu. dan kini Mila telah pun sah jadi isteri kepada Haris. Jodoh mereka sungguh kuat.

“ Lepas ni nak pergi rumah Arash ke?” Soal Puan Intan.

“ InsyaAllah mak. Lepas tu balik Kelantan jumpa nenek.” Balas Haris.

“ Eloklah begitu. Kesian nenek kamu duduk rumah sesorang.”

Mereka berdua hanya tersenyum. Hampir setengah jam, barulah Haris dan Mila bertolak keluar daripada rumah.

“ Sayang… abang bahagia sangat sekarang ni. semua ni gara-gara sayang tau.” Ujar Haris yang sedang memandu itu. tapi tangannya setia menggenggam tangan Mila. Bagai tak mahu melepaskannya lagi.

“ Kenapa?”

“ Sebab sayang sudi terima abang semula. Ternyata usaha abang selama ini tidak sia-sia. Alhamdulillah.”

Mila tersenyum dalam kegembiraan. Alhamdulillah.

“ Tapi sayang merajuk lama sangat. Buat abang terindu hari-hari. Dahlah lari tanpa pengetahuan abang.”
Mila tertawa kecil. Merajuk? Yeke?

“ Masa bilanya Mila merajuk. Mila tak nak abang jadi anak derhaka je. tak ada masa nak merajuk cik abang oii.”

“ yela tu.” Giliran Haris pula ketawa.

“ Tapi thanks. Abang bahagia. Mila pun bahagia kan? abang percaya apa yang terjadi ni ada hikmahnya.”

“ Ya. Dan semenjak peristiwa itu Mila tak pernah berputus asa untuk memajukan diri dan keluarga. Mila usaha sampai berjaya pegang jawatan penasihat dekat syarikat tu. alhamdulillah.”

“ Abang terkejut tau tak. Tak sangka Mila berubah seratus peratus. Abang macam terjumpa bidadari masa tu.”

Tanpa berlengah Mila pantas menampar lengan Haris sampai buat Haris ketawa.

“ Memandai je abang ni. mila juga tak sangka mila boleh berubah. Tapi mila bersyukur sebab neneklah yang sentiasa ada di sisi Mila saat Mila benar-benar dalam kesusahan.”

“ Baguslah. Dah lupakan kejap soal tu. anak dalam perut tu macam mana? Okay?”

Walaupun perkahwinan mereka baru berusia 4 bulan. Tapi rezeki mereka bertambah. Mereka akan dikurniakan cahaya mata. Dan orang paling bahagia tentulah Haris dan Mila.

“ Okay je. papa tu yang risau sangat.”

“ Mestilah. Papa kan sayang mama. Ye tak baby?”

“ yela tu.” Mila tersenyum.

Tiba-tiba lagu yang pernah dia dengari diputarkan oleh radio. Mila dan Haris saling berpandangan sebelum masing-masin tersenyum sendirian.

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

Ya Allah. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah. Terima kasih juga kerana kuatkan hati kami agar dapat menempuhi dugaan yang Engaku berikan ini. TanpaMu pasti kami tak kuat. Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmahnya. Dan.. terima kasih cinta. Tanpamu pasti kami takkan bersama.

~Tamat~