Rabu, 17 Agustus 2016

Cerpen : He's My First Love

Assalamualaikum..

Yeah! Kali ni rajin pula nak buat cerpen.. Haha. Tebus sebab dah lama tak upload cerpen ke sini. Hehe. Anway.. lepas tahu nama heroin tu diam-diam je la erk? Saja la nak guna. Haha. Okay. Tak nak bebel. Bacalah. Kalau rajin tinggalkan la komen. Hehe. 



“ Adik! Jangan lari! Nanti jatuh lah!”

Aku hanya tergeleng-geleng melihat telatah adik bongsu aku yang makin aktif tu. Kejap je masa berlalu. Dan kejap je dia membesar. Dah 3 tahun pun dia. Aku juga yang masih tak berubah. Haha. Maksud aku masih bersendiri dan fokus pada kerjaya.

Entahlah. Bila tengok adik aku tu. Teringin juga nak ada anak sendiri. Tapi mustahillah. Aku mana ada calon lagi. Nak kahwin dengan siapa? And aku tak bersedia lagi nak kahwin. Entah! Aku susah nak percaya lelaki.

“ Akak! Nak nak!”

Aku tersedar daripada lamunan. Aku tunduk tengok adik lelaki aku tarik-tarik hujung baju aku. Aku tersenyum lantas dukung dia. Aku cium pipi dia geram.

“ Nak apa sayang?” Soalku lembut.

“ Nak tu!”

Dia tuding jari ke arah pakcik yang menjual ais krim. Aku tersenyum.

“ Mama marah nanti?”

“ Alaa.. nak! Nak!”

Aku cuit hidungnya nakal. Kalau nak yang tu tetap nak juga. Sabar je lah. Nasib adik aku.

“ yelah sayang. Jom.”

Aku melangkah ke arah pakcik yang menjual ais krim.

“ Pakcik. Ais krim coklat satu.” Pesanku dengan senyuman.

“ Okay dik.”

Sambil tunggu pakcik tu letakkan ais krim dalam kon, aku pandang sekeliling. Waktu dah petang. Makin ramai orang berkunjung ke taman permainan ni. budak-budak pula makin ramai. Seronok je tengok.

“ Nah dik.”

Aku sambut ais krim tu dan bayar. Then barulah aku beri pada adik kesayangan aku ni. Aku bawa dia ke kerusi dan dudukkan dia di kerusi. Biarkan dia makan ais krim dia sampai habis dulu barulah aku akan bawa dia balik. Aku pula pandang jauh ke hadapan. Melihat panorama petang dan keletah kanak-kanak di sini.

Tiba-tiba aku teringat kisah cinta monyet aku dulu. My first love. Aku tersengih. Kelakar sebenarnya. Yala. Baru darjah 1 ada hati nak suka orang. Nasib baik tiada sesiapa pun yang tahu melainkan best friend aku je. kelakar sangat!

Tapi, jauh di sudut hati aku. Aku masih berharap dapat jumpa dia balik. Entah macam mana rupa dia sekarang. Yala. Sebulan bersekolah dia dah pindah. Kejap je. Sebab dia pindah aku pun kena la lupakan dia. Haha.

“ Akak.”

“ Ye sayang?”

“ Tu.”

Tiba-tiba adik aku tuding jari dia ke arah kiri aku. Aku tengok ke arah yang adik aku tunjukkan. Dan aku perasan ada seorang lelaki di situ. Sedang keseorangan dan merenung jauh ke hadapan. Aku terdiam. Kenapa adik aku tunjuk orang tu?

“ Kenapa dik?”

“ Dia celalu datang cini..” Dengan pelat adik aku berkata.

“ Adik kenal ke abang tu?”

Adik aku menggelengkan kepalanya. Aku terdiam lagi. Aku tengok lelaki tu sampai tak sedar dia dah menoleh ke arah belakang. dan aku tersentak bila dia tengok ke arah kami. Cepat-cepat aku bangun dan dukung adik aku bawa pergi dari situ.

Entahlah. Tapi kenapa renungan dia macam aku dapat baca? Macam aku dapat kenal. Arh! Bayangan kau je tu!

**
Aku belek-belek wajahku depan cermin. Selepas sapu bedak dan pakai lip balm. Aku menarik senyuman. Dah boleh la ni. Bukan nak pergi mana pun. Pergi makan je pun. Tapi bila perasan ada bintik kecil atas hidung sebelah mata kiri aku ni. Aku tersentak.

Serentak itu fikiran aku menerawang teringat kembali kisah cinta monyet aku. Aku menarik senyuman kecil. Haih. Kesan ni memang takkan hilang Shahrul. Kau buatkan aku teringat kau lagi.

“ Syima! Dah siap ke belum?”

Aku pantas mengemaskan lilitan tudungku buat kali terakhir. Dah selesai aku terus buka pintu bilik dan menuju ke ruang tamu.

“ Jom!” Ajakku lantas ambil adik dari dukungan mama. Aku kerling kakak aku yang tengah tersengih tu.

Umur kami berdua tak jauh beza pun. Beza 2 tahun je. Tapi adik bongsu aku ni jauh beza sangat. Beza 10 tahun dengan aku. Well. Mama dan papa aku kahwin muda. So tak hairanlah aku dapat adik lagi.

“ Mama. Dia tahu tak?”

Aku berhenti melangkah. Kenapa kakak aku cakap macam tu?

“ Nanti dia akan tahu juga.”

Aku tengok mama dan kakak bersilih ganti. Apa yang mereka cuba nak sampaikan dekat aku ni? Aku tengok abah aku pula. Abah pula hanya menjongketkan bahu. Aik? Dah kenapa ni? Macam ada something wrong anywhere je?

“ Jom! Kita dah lewat.”

Mahu tak mahu aku diam je lah. Walaupun dalam hati protes nak tahu apa dah jadi. Haih. Sabar je la.

**
Reaksi aku sekarang ni jangan cakaplah. Terkedu habis. Semua adalah. Mana taknya, mama dan abah ajak orang lain turut serta dalam makan malam ni. Aku ingatkan family aku je. patutlah tadi kakak cakap macam tu. Aku dah mengeluh kecil. Kenapalah mama ajak orang lain? Ada lelaki muda pula tu. Aku rasa macam nak lari je sekarang ni.

“ Syima. Kau kenal tak lelaki depan mata kau tu?” Kakak berbisik.

Aku terdiam. Aku kerling lelaki tu pun tak lagi. Sebab sibuk jaga adik yang tengah makan tu. Aku biarkan mereka makan dulu. Aku makan kemudian pun tak apa. Mama dan abah pula rancak bersembang dengan kawan mereka. Lelaki tu? Entah! Tak tengok pula. Diam je.

“ Tak.” Aku jawab tanpa nada dan tunduk tengok adik aku yang mula terlentok. Dah kenyang mulalah nak tidur.

“ Kau tengoklah dulu.” Gesa kakak aku. Aku jeling kakak dengan geram. Dia boleh buat selamba badak dia je. 

Mahu tak mahu, aku angkatlah muka aku tengok lelaki yang duduk depan mata aku saat ini. Dan hati aku tersentak saat dapat tahu siapa gerangan lelaki depan mata aku. Dia! Lelaki yang aku nampak dekat taman permainan semalam. Erk!

“ Kenal tak?” Bisik akak lagi.

“ Tak. Kenapa?” Aku kembali tunduk bila sedar yang aku terlalu lama tengok dia. mujur dia tengah makan.

“ Kau tak cam ke siapa dia?”

“ Siapa dia? Mana Syima tahu.” Aku mula naik geram.

“ Tak apalah. Nanti kau tahu juga.”

Aku rasa macam nak tumbuk je kak aku ni. Nak main rahsia-rahsia pula. Tapi kenapa perasaan aku lain je bila berdepan dengan dia? Masalah hati kau ni Syima. Dengan lelaki lain tak pula rasa macam ni. Gatal namanya tu!

Tiba-tiba aku terasa diri aku diperhati. So, aku kalih la depan. Tup tup lelaki tadi tengok aku. Dia senyum ke arah aku. Aku dengan kekoknya membalas senyumannya. Asal kekok sangat ni?

“ Syima. Syima makan dulu dengan Shah. Nanti kami datang balik. Ada benda nak kena buat sikit. Jom.”

Terpinga-pinga aku bila semua orang bertindak tinggalkan aku dengan lelaki ni berdua. Adik pun mama ambik! Apa ni? Kenapa diorang tinggalkan aku dengan lelaki ni? Mama!

“ Muka awak langsung tak berubah dari dulu.”

Aku tersentak. Aku tengok lelaki depan aku ni dengan seribu persoalan. Dia kenal aku ke selama ni?

“ Rupanya awak dekat je dengan saya. Ingatkan jauh beribu batu.”

Dia tersenyum pula. Serius aku tak faham apa maksud dia.

“ Erk.. awak kenal saya ke?”

“ Kenal.”

“ Tapi saya tak kenal awak pun.” Aku kerutkan dahi. Serius aku terkejut.

“ Awak kenal saya. Tapi awak tak cam saya.”

Dia peluk tubuh sambil memandang ke arah aku. Senyuman dia setia berada di bibir. Aku pula terkedu tengok dia macam tu. Hati aku ni cair weh. Tak pernah-pernah aku macam ni. Gerun jugalah.

“ Awak siapa?” Soalku dengan seribu persoalan.

“ Awak akan tahu juga nanti. Anyway.. saya ada satu permintaan.”

Aku genggam erat tangan aku. Kenapa aku rasa nervous ni?

“ Saya nak kahwin dengan awak. Harap awak sudi.”

Terus aku tersandar pada kerusi dengan reaksi yang sukar untuk aku tunjukkan. For sure aku sangat-sangat terkejut. Tambah-tambah dia tersenyum ke arah aku dengan renungan redup dia tu.

What?! Weh! Apa benda ni weh?!

**
“ Syima.. bangun sayang. Tak pergi kerja ke hari ni?”

Aku tersedar saat terasa ada usapan pada kepalaku. Aku membuka mataku perlahan. Aku rasa sakit pada kepala. Badan pula terasa lemah. Badan pula panas sejuk panas sejuk.

“ Ma..” Dengan suara serak aku panggil mama aku.

“ Ya Allah! Panasnya badan Syima ni.”

Mama dah menyentuh dahiku. Kemudian dia sentuh leher aku pula. Muka dia kelihatan cemas. Aku pula dah kembali memejamkan mata. Rasa letih dan nak tidur. Akhirnya aku terlelap juga dengan rasa sakit kepala.

Sedar-sedar je, aku dah ada dekat hospital. Aku pegang kepala aku. rasa sakit dah kurang. Rasa lemah tadi dah tak terasa. Aku tengok sekeliling. Dan aku ternampak seorang lelaki sedang merenung ke luar tingkap.

“ Ma..mana mama saya?” soalku dengan suara yang serak. Tekakku terasa perit.

Saat dia menoleh, aku terkejung terus. Terkejut tengok kelibat yang sedang berada depan mata aku saat ini. Yang pasti muka dia tak macam pertama kali aku jumpa. Dia nampak risau. Erk!

“ Awak buat saya risau Syima.”

Dia berdiri depan katil aku. Aku pula dah termangu. Hati pula dah memainkan rentak. Aku terus tengok ke arah lain. Rasa kekok sangat. Tambah-tambah aku tak bersuara langsung selepas dia suarakan hasrat dia tu.

“ Mujur demam panas je. Mujur juga mama awak cepat bawa awak ke sini. Kalau tidak saya tak tahu apa yang saya patut buat kalau saya terpaksa kehilangan awak.”

Kenapa dalam ayat-ayat dia tu kedengaran sayu. Dia macam tak nak aku pergi jauh daripada dia. Dengan keberanian yang ada, aku kembali tengok ke arah dia. Aku cuba teliti wajah dia. Kenapa aku tak kenal dia? Tapi dia boleh pula kenal aku.

“ Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Sampai awak kata awak kenal saya. At least cakap awak siapa.”

Dia menarik senyuman kecil.

“ Sebab tu awak kena kahwin dengan saya. Barulah awak tahu siapa saya.”

Aku terdiam. Perlu ke bangkitkan soal kahwin?

“ Sorry. I’m not ready yet.” Jujurku lantas toleh ke arah lain.

“ Allah pertemukan kita akhirnya. Means.. Allah tahu kita berdua dah bersedia. Kalau tidak Allah takkan pertemukan kita lagi.”

Aku mengetap bibir. Kenapa percakapan dia buatkan aku tenang?

“ Saya dah cakap dekat family awak. mereka setuju. Cuma tunggu persetujuan awak.”

Aku tersenyum hambar. Mereka memang suka sangat kalau aku kahwin. Sedangkan kak aku tu pun tak kahwin lagi. Haih.

“ At least beritahulah nama awak.”

“ Nama saya dah ada jauh di sudut hati awak. Awak ingat je balik. saya keluar dulu. Assalamualaikum.”

Eiii! Bencinya aku kalau macam ni!!!! Erghh!

**
“ Tahniah!”

Air mataku mengalir ke pipi sebaik saja sedar yang diri ni telah berubah status. Aku dah jadi isteri orang. Ya. Isteri kepada Muhammad Shahrul. Macam mana aku boleh setuju kahwin dengan dia? jawapan isthikarah aku. Entahlah. Aku dapat ketenangan bila aku tengok dia. Aku tak rasa was-was. Hati aku juga tertarik untuk mengenali dia. macam hati aku ni dah lama kenal dia.

That’s why aku ambil keputusan untuk terima dia dalam hidup aku. Tapi aku masih tak tahu siapa dia. Hanya nama saja. Pertama kali dengar nama dia dulu aku tersentak jugalah. Sebab nama dia sama dengan someone. But, who cares? Dalam dunia ni ramai je orang bernama Shahrul. Kan?

“ Dulu awak tak pernah menangis pun bila depan saya.”

Aku tersedar. Cepat-cepat aku seka air mata. Rasa malu menerpa. Aku tengok dia yang kelihatan kacak dalam persalinan baju Melayu itu.

“ Abang.. jangan lah usik dia. cepat sarungkan cincin tu.”

Bila aku sedar aku sepatutnya sarungkan cincin ke jari manis dia. Cepat je aku buat. Bila di suruh tunduk untuk salam. Aku menurut juga. Tapi bila giliran dia untuk mencium dahi aku. Aku rasa nak mengelak. Tapi dia sempat tahan dengan tarik bahu aku. aku pejamkan mata dan time itulah aku mula rasa sesuatu yang lain dalam diri aku ni.

“ Don’t worry my dear. You will know who I am.”

Dan aku terus menoleh ke arah lain dengan hati yang berdetak hebat. Tolonglah! Beritahu aku siapa dia?! Aku dah malas nak fikir. Huh!

**
“ Awak!”

Aku mengesot  ke kiri bagi dia ruang untuk duduk sebelah aku. Then, aku kembali pandang ke hadapan. Melihat pemandangan sawah pada waktu malam. Kini, aku berada di kampung abah aku. Bercuti ke sini. katanya nak tunjuk kampung dekat suami aku ni. Aku pun ikutkan je la.

“ Kenapa diam?”

Aku mengerling dia sekilas. Aku rasa macam nak cubit je lengan dia. Dari tadi sengih je kerjanya. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Baru dua hari aku jadi isteri dia. Tapi sikap dia memang buat aku cair. Kadang-kadang tu macam budak-budak. Kadang-kadang tu gentle. Macam-macam. Sampai aku teringat something yang buatkan aku tergelak.

“ Awak pernah suka seseorang tak dulu?” Tiba-tiba dia menyoal setelah lama kami berdiam diri.

Aku terdiam. Suka? Adalah. Tu pun time aku darjah 1. Hahaha. Okay funny!

“ Pernah. Cinta monyet. Or maybe first love kot.” Ujarku senada.

“ Masa awak umur berapa?”

“ Darjah 1?”

“ Wahhh! Kecik-kecik dah pandai kan?”

Aku tersengih. Aku tergeleng kepalaku sendiri. Menafikan kata-kata dia.

“ Tersuka. Lagipun bukan dia tahu pun saya suka dia. Dah tu pindah pula. Tak sampai sebulan pula tu.”

“ Awak masih suka dia sampai sekarang ke?”

Aku terdiam. Malas nak fikir aku hanya menjongketkan bahuku.

“ Kalau dia muncul dalam hidup awak kan? Apa awak nak buat?” Dia masih menyoal even aku buat acuh tak acuh.

“ Saya nak jadi kawan dia. Saya nak tanya dia sama ada ingat tak dekat saya ni. Dan kalau dia tak ingat saya cuba kembalikan ingatan dia.”

Aku tergelak. Dah kenapa aku jawab macam tu. Berani ke nak kembalikan ingatan dia? Haha. Merepek!

“ But how?”

Aku terfikir sejenak. How? Aku teringat sesuatu. Aku sentuh atas hidung aku perlahan. Kesan hitam pensel ni masih ada sampai sekarang. Itulah kesan yang paling mendalam dia tinggalkan dekat aku. mana mungkin aku lupa.

“ Bagi dia pensel dan blah.”

Dia tergelak pula. Asal? Lawak erk? Memang lawak pun! Haha!

“ motif bagi pensel?” Dia masih ketawa. Aku yang tengok jadi geram pula.

“ Nak suruh dia ingat balik lah apa yang dia dah buat dekat saya dulu.”

Malas nak dengar dia terus sindir-sindir. Aku terus bangun. Nak masuk ke dalam rumah. Sejuk duduk luar rumah time ni. Tapi aku tak jadi langkah bila lengan aku ditarik. Aku terkedu. Rasa berdebar pula.

“ Maksud awak ini ke?”

Tiba-tiba dia datang depan aku. Dia tersenyum. Belum sempat aku bertanya apa-apa, dia terus mengucup atas hidung aku dengan pantas. Aku terkaku terus.

“ Dia akan ingat sampai bila-bila sebab dia dah bagi kesan pada awak.”

Dia berlalu masuk dan membuatkan aku terpinga-pinga. Aku sentuh lembut atas hidung aku. Apa maksud dia? Kenapa dia macam tahu? And kenapa dia buat macam tu? Ya Allah!

**
Wuarghh! Mengantuknya! Aku tengok sisi aku. Aku tersenyum sinis. Amboi! Sedapnya dia tidur. Sebab dia lah aku tak dapat tidur semalam. Hampir pukul 4 pagi baru lah aku dapat lelapkan mata. Meluatnya! Semua sebab suami aku yang tersayang ni la! Tersayanglah sangat kan?

Sebab cemburu tengok dia tidur dengan nyenyaknya. Aku goyangkan tangan dia. Gerak dia bangun subuh. Tapi dia boleh tak bergerak langsung. Buat derk pula tu. Aku tepuk dahi. Suami siapa ni? Perangai tak semenggah betul.

“ Awak!”

Aku tepuk pula tangan dia. Tapi hampeh! Tak bangun juga. Aku dah naik angin. Aku nak solat subuh dengan dia. Sebab sebelum ni dah janji kalau nak subuh mesti dengan dia. tapi sekarang dia pula susah nak bangun. Dua hari sebelum ni okay je pun. Ergh! sengaja sebenarnya ni!

“ Awak! bangunlah! Subuh!”

Aku dah mula hilang sabar. Aku bangun duduk dan bersila menghadap dia. Aku perhati wajah dia. Teliti. Dari rambut sampai ke bibir. Aku tersenyum kecil. Sebenarnya dia handsome. Sweet. Manis. Comel. Tapi kenapa dia tetap pilih aku yang tak seberapa ni?

Dia macam ada sembunyikan sesuatu dari aku. Dan aku yakin ada kena mengena dengan aku. Terasa teringin nak usap rambut dia. Aku angkat tangan aku dan mula mengusap lembut rambut dia. Bila dia tidur je aku berpeluang buat macam ni. Haha. Kalau tidak jangan harap!

Aku sentuh pula dahi dia. kening dia. hidung dia. dan sampailah aku tersentuh bibir dia. terus aku tarik semula tangan aku. Okay! Aku dah gila! Baik aku subuh cepat. Nanti aku gerak dia lain.  Tapi baru saja aku nak bangun, lengan aku ditarik. Aku terkedu. Aku pandang dia yang masih terpejam tu.

“ Mana awak nak lari?”

Dia membuka matanya perlahan. Bersama senyuman kecil. aku pula dah terdiam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. terkejut sangat.

“ Saya tahu saya handsome.”

Amboi cik abang. Puji diri sendiri pula. Aku mencebik.

“ Dah lah bangun. Subuh!”

Aku menarik kembali lengan aku. Bila dia mula bangun duduk. Aku berganjak sedikit ke belakang. Tak nak terlalu dekat.

“ Apa nama cinta monyet awak tu erk?”

Aku tergelak. Apa hal tiba-tiba tanya cinta monyet aku pula ni? Ingatkan selesai macam tu je semalam. Buang tabiat ke apa ni?

“ Awak mimpi apa semalam? Dah lah. Cepat. Saya pergi ambil wudhuk dulu.”

“ Ke awak tak ingat nama dia?”

Aku tengok dia kecik besar kecik besar.

“ penting sangat ke awak nak tahu?”

“ Penting sangat.”

“ Sebab apa? Cemburu?”

“ yes! So?”

Aku terdiam. Nampak saja renungan tajam dia tu dah boleh buat aku kecut perut.

“ Okay fine! Nama dia Shahrul. Yes I know sama macam awak. But, bukan dia seorang je nama Shahrul dalam dunia ni kan? Dah. Saya Subuh dulu. malas nak layan awak ni.”

“ Kalau kami orang yang sama?”

Terus aku berlari masuk ke dalam tandas. Tak nak fikir! tak nak fikir! argh!

**
Sedar tak sedar dah dekat 3 minggu lebih kami jadi suami isteri. Tapi buat masa ni kami masih dalam sesi suai kenal. Cuma aku makin pelik dengan dia. Cara dia, sikap dia, mengingatkan aku pada seseorang. Dan dia tak habis-habis tanya tentang cinta monyet aku. Aku sendiri hairan. Cinta monyet je kot. Bukan cinta sejati.

Dan sedar tak sedar jauh di sudut hati aku ni, aku dah mula sayangkan dia. Dia caring sangat. Suka buat lawak. Tapi kadang-kadang tu annoying juga. Suka nak buli aku. Cari fasal. Hampeh! Nasib dah duduk asing dengan family. Kalau tak memang aku merajuk dengan dia. Haha.

Sekarang, aku tengah siapkan sarapan untuk dia. Lately ni, dia nampak sangat sibuk. Nak makan pun tak ada masa. Tapi dia tetap layan aku bak seorang princess. Setiap pagi tak pernah dia lupa untuk bagi aku ciuman ketenangan pada dahi aku. Serius. Aku dah mula jatuh hati dekat dia.

Cuma semalam, aku terdengar perbualan dia dengan seorang perempuan dekat telefon. Hati aku dilanda cemburu. Sebab panggilan dia dekat orang di telefon tu kedengaran manja. Panggilan manja kot. Entahlah. Aku tak nak tuduh melulu. So aku biarkan je la. Lagipun aku tak tahu isi hati dia. nanti aku yang bertepuk sebelah tangan. Siapa sakit? Aku juga.

“ Morning awak.”

Dia turun dengan senyuman. Aku membalas senyumannya lantas ambil tempat di depannya.

“ Awak. hari ni saya balik lewat lagi tau. Jangan tunggu saya. Awak tidur je dulu.”

Serta-merta mood aku down. Rasa sedih. Dah seminggu dia selalu balik lewat. Sedar-sedar je dia dah ada di sisi aku. Tu pun pukul 1 ke atas. Sabar Syima. Dia kan kerja. Bos pula tu.

“ Anyway… si cinta monyet awak tu ada lesung pipit macam saya tak?”

Aku terlopong. Aku tengok dia yang sudah menarik senyuman lebarnya tu. sampai menampakkan lesung pipit. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Akhirnya aku hanya menganggukkan kepalaku.

“ Good. Saya pergi dulu.”

Dia kucup dahiku dan terus keluar dari rumah tanpa sempat aku nak salam tangan dia. Ni lagi buatkan aku sedih. Kenapa lately ni dia selalu tergesa-gesa? Sedih arh macam ni! aku ni apa? isteri ke kawan?

“ Awak..”

Aku panggil dia yang tengah ikat tali kasut itu. aku mendekati dia. Dia menoleh sekilas ke arah aku.

“ Kenapa awak?”

“ Kenapa awak selalu bangkitkan soal cinta monyet saya? Dia kisah silam saya. Awak masa depan saya. Takkan tu pun awak tak faham?”

Dia terdiam. Maybe nampak aku macam marah. Aku Cuma tak suka asyik ungkit benda yang lama.

“ Itu Cuma kisah budak-budak Shah. Yes! Saya pernah suka dia dulu. Tapi takkanlah sekarang saya nak sukakan dia juga? Saya dah ada suami pun. Dan saya sayangkan dia sangat-sangat.”

Tersedar yang aku dah termengaku perasaan aku tu. Aku cepat-cepat pusingkan tubuh aku ke belakang. Aku ketap bibir. Apa benda yang aku cakap tadi? Wuargh! Bodoh kau Syima! Asal kalut sangat? Arh! Baik aku blah!

Tiba-tiba ada tangan memeluk pinggang aku seraya memeluk aku. Aku terkedu seketika.

“ Sebab saya nak kembalikan cinta monyet awak.”

What? Apa benda yang dia melalut ni?

“ Saya pergi dulu.”

Shah. Apa tujuan awak kahwin dengan saya sebenarnya? Argh!!

**
Dua menjak ni, mood aku hilang. Pergi kerja balik kerja. Tiada sesiapa dekat rumah. Suami? Entah! Dia sendiri yang menghilang. Pergi kerja time aku belum bangun. Balik time aku dah tidur. Aku tak faham. Dan aku rasakan rumah tangga aku makin goyah.

Aku tunduk memandang lantai. sekarang aku ada dekat pasar raya. Tiba-tiba teringin datang sini. Tapi Cuma keseorangan. Tiada orang nak temankan. Aku tersenyum hambar saat ingatkan Shahrul. Agaknya dia dah tak ingat aku kot.

Aku bangun dan cuba menahan sebak. Aku jalan tanpa arah. Entah mana aku nak tuju pun aku tak pasti. Tapi kaki aku bawa aku ke satu kedai baju lelaki. Terus aku terfikir akan Shahrul. Aku tersenyum kecil. Tak salah kan kalau aku nak beli hadiah dekat dia.

Aku masuk dan belek baju yang sesuai untuk Shah. Bila dah puas hati, aku ambil dan bayar. Aku senyum lega. At least, aku ada kenangan nak bagi dekat dia.

“ Shah!”

Aku tersentak saat terdengar nama tu. Aku yang baru keluar daripada kedai baju terus toleh ke arah kiri aku. Dan aku ternampak suami aku dengan seorang perempuan. Terlepas terus beg baju tadi. Air mata pula serentak turun ke pipi.

“ Awak pergi mana? Puas saya cari tadi.”

Pedih! Perit! Mereka kelihatan mesra. Aku pula macam patung belakang mereka. Aku kerdipkan mata bagi tahan air mata daripada mengalir. Tapi aku kalah. Tak tahan melihat mereka, cepat-cepat aku pusingkan badan ke belakang. Sudah tiba masanya aku pergi. Pergi dari hidup dia.

**
Awak. Terima kasih. Halalkan makan minum saya. Saya minta izin untuk keluar cari ketenangan. Lepas saya okay saya balik semula ke rumah ni. Lagipun awak dah ada yang lebih istimewa dari saya kan? Kalau awak kata awak nak cari cinta monyet saya balik. Tak perlu. Saya boleh cari sendiri. Maafkan saya sekali lagi jika ada melukakan hati awak.

Syima

Aku melipat kertas itu dan letakkan atas katil. Aku kerling jam. Dah pukul 6 petang. Baik aku gerak cepat. Aku ambil beg aku dan turun ke bawah.

Bila aku nak buka pintu, aku batalkan niat. Aku tengok balik keadaan dalam rumah. Aku ikutkan ego sangat ke? Kenapa aku tak tanya dia dulu siapa perempuan tu? Kenapa aku macam terburu-buru?

Untuk apa? untuk sakitkan hati aku lagi? biarlah siapa pun perempuan tu. Yang pasti dia dah tak perlukan aku. Aku pun tak tahu tujuan dia kahwin dengan aku. Baik aku pergi.

Pantas aku buka pintu rumah dan ingin berlalu. Tapi lain pula jadinya bila tubuh sang suami berdiri betul-betul di hadapan aku. Dan dia nampak terkejut bila nampak aku bawa beg besar.

“ Awak. awak nak ke mana ni?”

Aku tersenyum sinis. Aku tidak hiraukan dia malah terus keluar daripada rumah. Aku buka pintu kereta belakang. aku masukkan beg aku. kemudian aku buka pula pintu pemandu. Tapi aku tak sempat masuk bila ada tangan yang menghalang. Aku tengok dia tajam.

“ Apa yang awak nak?” Soalku dingin.

“ Awak nak ke mana ni?” Soalnya dengan riak cemas.

“ Awak dah tak perlukan saya kan? So baik saya pergi Shah.” Tiba-tiba air mataku mengalir depan dia. Arh! Lemahnya aku depan dia!

“ hey! Siapa kata saya tak perlukan awak!” Dia mula membentak. Tak puas hati.

“ Awak lebih perlukan dia daripada saya. Berikan saya masa. Saya perlukan ketenangan. Izinkan saya.”

Terus aku masuk ke dalam kereta. Aku langsung tak hiraukan panggilan dia. Aku memandu keluar daripada rumah dan serentak itu aku kembali menangis. Maafkan saya Shah. Saya Cuma nak cari ketenangan. Saya nak ubati kecewa saya. Maafkan saya. Saya sayangkan awak!

**
Desiran air pantai membuatkan aku tersenyum. Ya Allah! Tenangnya bila ada dekat sini. tidak sia-sia aku datang sini. Aku tengok ke arah laut. Rindunya aku pada kau laut. Aku buka kasut dan sinting sikit seluar aku ke atas buku lali. Then aku mula mendekati laut.

Aku tersengih kecil bila kaki dah menyentuh air. Aku pandang ke depan. Aku pejam mata. Kedua-dua tangan aku angkat. Merasai keindahan alam. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Teringatkan tentang Shahrul. Aku ketap bibir. Baru sehari aku pergi aku dah rindukan dia.

Aku kembali buka mata. Aku turunkan tangan dan berjalan ke dalam lagi. kini, air laut dah sampai paras lutut aku. Basah seluar aku. tapi aku dah tak kisah. Aku Cuma nak berendam kejap. Hilangkan rasa marah dan kecewa.

Aku pandang sekeliling. Tak ramai time pagi-pagi ni. Aku pula boleh masuk ke laut ni. Hehe. Tak apa. asalkan aku suka. Aku jalan depan lagi. dan air dah sampai paras betis aku. Sejuknya! Nyamannya!

“ Awak!”

Huh! Aku tersentak. Suara macam aku kenal. Arh! Khayalan aku je tu. Baik jangan layan.

“ Syima!”

Tapi suara tu macam makin dekat. Aku pantas toleh ke belakang. Dan aku tersentak bila Shahrul betul-betul ada tepi laut sekarang ni. Aku terbungkam. Ya Allah! Macam mana dia tahu aku dekat sini?

“ Awak! balik sini!” Jeritnya.

Aku buat muka. Kenapa dia datang?! Arh! Dengan rasa geramnya aku berjalan semula ke arah pantai. Bila dah dekat dia, aku pantas lajukan langkah sampai melepasi dia. tapi dia lebih pantas mencapai lengan aku. Aku rentap tangan dia dan ingin berlalu. Tapi kali ni tubuh aku pula dipeluk daripada belakang.

“ Lepaslah!” Jeritku geram. Tapi dia tak berganjak sikit pun.

“ Saya kata lepas!” Sekali lagi aku cuba membentak.

“ Never! You’re mine!”

Aku terkedu.

“ Kenapa awak lari?”

Aku tersenyum sinis. What? Kenapa dia tanya aku lari?

“ tanya diri awak!”

“ sebab perempuan?”

“ Yes!”

“ Semua salah faham je sayang.”

Aku membuat anggukan kecil. oh! Salah faham! Baguslah. Tapi kalau aku salah faham sekali pun sikap dia yang buatkan aku jadi macam ni! aku toleh ke arah dia. Aku renung dia tajam.

“ So? Sukalah buat saya terluka macam ni? Bila saya dah mula sayang awak , awak buat saya macam tunggul dekat rumah tu. Apa? awak ingat saya ni apa? Patung? Barang mainan? Ha?!” Marah aku dengan linangan air mata.

“ Sayang..”

Bila dia nak mendekat. Aku pantas menggelengkan kepalaku.

“ saya dah penat! Saya cuba untuk faham kerjaya awak. Tapi awak? Tak habis-habis nak ungkit fasal cinta monyet saya. Apa? ingat saya hadap sangat ke semua tu? What? Nak saya kembali pada cinta monyet saya? Macam tu? Apa yang awak mengarut ni ha? Kalau itu niat awak dari mula baik tak payah kahwin dengan saya!”

Aku semakin gila. Marah menguasai diri. Sakit dekat hati ni hanya Allah je tahu. Air mata ni pula tak habis-habis nak turun. Puas aku seka. Tapi gagal.

“ Sayang.. please. Dengar penjelasan saya dulu.”

Aku menarik senyuman sinis.

“ Jangan panggil sayang kalau tak bermaksud apa-apa pun. Apa tujuan awak kahwin dengan saya erk? Nak kata sebab harta. Awak lebih kaya daripada saya. Sebab nak sakitkan hati saya ke? Sampai sekarang saya tak tahu apa niat awak. Kenapa awak buat saya macam ni Shahrul? Kenapa? Kenapa awak buat saya sayang awak? Why?!”

Dia mendekat. Dia menggelengkan kepalanya. Tapi aku pula menjauh. Tak sanggup nak dekat. Aku masih terasa dengan dia.

“ Kalau awak tak nak dekat saya lagi. Saya sanggup dile…”

Belum sempat aku nak habiskan kata-kata aku, tiba-tiba bibirku disentuh. Aku tengok dia dengan rasa terkejut. Bila aku sedar yang dia sedang cium aku, aku tolak dada dia ke belakang.

“ I don’t want hear that. I love you Syima. Love you so much!” Luahnya lantas kembali merapatkan wajahnya dengan wajahku.

Aku mengelak. Aku tolak dia lantas aku pusingkan badan ke belakang. Aku nak lari. Aku tak percaya. Tak! Aku ketap bibir. Itu ciuman pertama aku. tapi aku tak rela. Aku benci dia!

“ Awak!”

Dia tarik aku ke dalam pelukannya. Tapi aku memberontak. Aku cuba lepaskan diri daripada pelukan dia. Tak boleh! Aku gagal! Dia terlalu kuat!

“ Lepas! Saya benci awak!”

Aku pukul dadanya berkali-kali sampai aku rasa penat dan akhirnya aku tewas dalam pelukan dia. Teresak-esak aku menangis dalam pelukan dia. Sememangnya aku sangat rindukan dia.

“ Maafkan saya sebab buat awak macam ni. But, truly. I really love you dear. From year 1.”

Aku tersentak. Aku tengok dia yang tengah tersenyum itu.

“ Yes. I’m your first love. Cinta monyet awak.”

Kali ni aku terasa aku berada di awangan. Fikiran aku kembali teringat tentang kisah cinta monyet aku. Aku tengok dia inginkan kepastian.

“ Betul sayang. Saya tak tipu. Banyak dah hint saya bagi dekat awak. tapi awak langsung tak cam saya. Muka saya berubah sangat erk sayang?”

Aku terdiam. Terkelu. Tak tahu nak cakap apa.

“ Sebab tu saya asyik ungkit tentang tu. Saya nak awak tahu cinta monyet awak ada depan mata awak sekarang ni. Yang sedang memeluk awak ni.”

Aku rasa air mataku kembali bergenang. Kenapa aku langsung tak perasan? Kenapa aku bodoh sangat? Ya Allah!

“ Please.. no matter what happen. Jangan minta saya lepaskan awak. Saya tak sanggup sayang.”

Aku ketap bibir. Aku membuat anggukan kecil. Aku kembali memeluk dirinya.

“ I’m sorry. I’m wrong. Saya tak tahu.”

Dia leraikan pelukan. Air mataku disekanya perlahan. Dia tersenyum.

“ Not. You’re not wrong. Saya yang salah sebab tak berterus terang dengan awak. And now, I’m sorry. I love you dear. Very much!”

Sekali lagi bibirku dicurinya. Tapi kali ni aku tidak membantah. Aku merelakan sampai aku tersedar yang aku berada di tempat awam. Cepat-cepat aku tolak tubuhnya ke belakang. dia tengok aku dengan kerutan di dahi.

“ Why dear?”

Aku tunduk dengan perasaan malu.

“ Remember where we are?” Soalku lantas pandang sekeliling. Mujur tak ada orang.

“ Tempat ni dah ditutup semenjak sejam yang lalu.” Sengihnya.

Aku terlopong.

“ Ha? Kenapa?” Aku mula panik. Mana tahu ada sesuatu yang terjadi.

“ Because I want you!”

“ arh!”

Tak fasal-fasal tubuhku dicempungnya. Wuargh! Sadis!

“ Awak! lepas! Lepas!”

“ No selagi saya tak..”

Aku tolak muka dia ke tepi. Aku terus peluk dia. Ya Allah! Terima kasih. Terima kasih kembalikan dia pada aku.

**
Tiga bulan kemudian…

Werk! Werk!

Habis semua makanan yang aku makan tadi keluar. Dan sekarang aku terus rasa lemah. Bila aku rasa nak jatuh, ada orang sempat sambut. Aku tersenyum hambar pada tuan sambut aku tu.

“ Sayang okay ke tak ni? Risau abang.”

Aku dipimpin sampai ke birai katil. Tubuh aku dibaringkan. Aku tengok dia dengan senyuman kecil.

“ Sayang okay. Abang pergilah kerja dulu.” Suruhku bila sedar dia dah lewat.

“ No. abang ambil cuti hari ni.”

Aku tak mampu menghalang bila kepalaku tiba-tiba rasa sakit. Aku capai tangan dia. Kabur-kabur aku tengok dia. Dia nampak cemas.

“ Sayang? Are you okay?”

Aku baru saja nak menjawab tapi aku terasa letih. Akhirnya aku terlelap dan lepaskan tangan dia.

**
Aku tersedar bila ada usapan pada pipi aku. Buka je mata aku nampak suami tercinta sedang tersenyum ke arah aku. Aku tengok sekeliling. Hospital?

“ Apa yang terjadi?” Soalku dengan blur.

“ Sayang pengsan tadi. Jadi abang bawa sayang ke sini.”

Dia tolong aku duduk. Aku tersenyum. pengsan?

“ Kenapa sayang boleh pengsan?” Soalku lagi.

Tapi dia asyik senyum je. Apa yang lawak?

“ Abang?”

“ Because this.”

Dia turunkan tangan dia ke arah perut aku. Aku tersentak. Aku tengok dia dengan renungan tidak percaya. Bila dia mengangguk aku terus memeluk dia. serentak itu air mataku mengalir ke pipi.

“ Alhamdulillah. Ya Allah.” Syukurku.

Aku lepaskan pelukan dan usap perut aku. Aku tersenyum. Anak mama.

“ Terima kasih sayang.”

Tangan aku dikucupnya lembut.

“ Abang. Abang dan anak dalam janin ni anugerah terindah sayang. Terima kasih sebab hadir dalam hidup sayang.” Ucapku lantas tersenyum.

“ Abang yang patut berterima kasih dekat sayang. Sebab sayang lah abang bahagia.”

Aku tersengih. Aku cuit hidungnya nakal.

“ Ceritalah macam mana abang jumpa sayang. Macam mana abang boleh kenal sayang even dah banyak tahu berlalu.”

Dia tersengih. Perut aku diusapnya perlahan.

“ Semuanya bermula dengan adik sayang.”

“ Ha?”

**
Shahrul POV

Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Apa saja yang aku buat sekarang ni semuanya tak kena. Asyik terfikirkan seseorang. I mean seseorang yang asyik muncul dalam mimpi aku. Aku cuba untuk tidak fikir. tapi makin aku tak fikir makin aku ingat.

Aku raup wajahku perlahan. Aku pandang jauh ke hadapan. Suasana riuh kanak-kanak tidak membuatkan aku marah malah lebih tenang. Sebab aku suka kanak-kanak.

“ Abang.”

Aku tersentak bila aku ditegur oleh seorang budak lelaki. Aku tengok dia dengan senyuman.

“ Ye dik? Kenapa?”

“ Kenapa akak caya nampak cedih?”

Aku terdiam. Akak dia? Kenapa tanya aku?

“ Mana akak adik?”

Bila dia tuding jari ke satu arah. Aku terus toleh ke arah situ. Dan entah kenapa hati aku bagai terhenti seketika saat melihat wajah itu. Wajah yang mirip sekali dengan mimpi aku. Aku terkedu.

“ Abang.”

Aku tersedar. Aku pandang budak lelaki itu dengan senyuman tipis.

“ maybe akak adik letih kot. Jangan risaulah. Pergi dekat akak adik balik. nanti akak cari pula.”

“ Okay abang.”

Aku pandang dia balik. Aku tersenyum. Mimpi tu petunjuk. Alhamdulillah.

**
“ shah! Cepat! Ayah dah nak keluar tu!”

“ Kejap mak!”

Aku bergegas sikat rambut bagi kemas. Then aku bergegas capai telefon bimbit yang ada atas katil. Gara-gara nak cepat sangat, kaki aku tersadung dekat kaki katil. Terjatuh la jawabnya.

“ Aduh! Sakitnya! Haish!”

Aku tunduk tengok buku lali. Mujur tak bengkak. Elok aku nak bangun, aku ternampak satu pensel dekat bawah katil. Dengan kerutan di dahi aku ambil pensel tu. Aku tengok pensel tu dengan tanda tanya.

“ Sakit!”

“ Sorry! Sorry! Aku tak sengaja!”

“ Weh! Ada tanda pensel dekat atas hidung kau!”

Aku tersedar daripada lamunan. Terlepas terus pensel tu dari pegangan aku. Aku terkedu. Semua ingatan aku masa darjah 1 bermain dalam fikiran. Dan perbuatan aku yang menyebabkan seseorang mendapat sakit.
Aku meraup wajahku perlahan. Ya Allah! Kenapa kau ingatkan aku tentang itu?

**
Aku tengok sekeliling. Menanti kehadiran dia dengan adik kecil dia tu. Tapi tak ada pun. Maybe belum datang. Tunggu kejap.

Tak tahu kenapa. Semenjak pertama kali aku nampak dia, aku asyik nak tengok dia. Dan hati aku macam yakin perempuan tu adalah dia! dia yang aku pernah sukai dulu. Aku tersenyum. Tak sangka jodoh kita dekat sebenarnya.

Puas aku layan perasaan, aku pandang ke belakang. And Zup! Pandangan kami bertembung. Hati aku terus berkocak hebat. Ya Allah! Dia! orang yang sama! Wajah dia langsung tak berubah. Aku menarik senyuman kemenangan. Aku dah jumpa kau Syima. Aku dah jumpa kau!

Sebab tu lah, aku terus bincang dengan family aku untuk kahwin dengan dia. bila malam pertemuan pertama kali dia dengan aku, aku tengok wajah dia. Aku cari kesan hitam pensel yang pernah aku buat dulu. cari punya cari ada!

Aku tahan senyum. Ya. Aku tahu dia adalah orangnya. Ya Allah! Terima kasih pertemukan kami kembali. Terima kasih!

End Shah POV

**
“ Abang! Lenguh!”

Aku buat muka sakit. Pinggang aku macam nak patah weh! Bila kandungan dah masuk 7 bulan. mulalah rasa lenguh itu sakit itu sakit ini. Lumrah ibu mengandung. Kena faham.

“ meh abang urutkan.”

Tapi aku lega bila ada suami yang caring macam ni. Aku kerling dia yang tengah urut pinggang aku. Then turun ke kedua-dua kaki aku. Aku pandang dia sampai mata kami bertembung. Aku tersenyum.

“ Kenapa tengok abang macam tu?” Soalnya dengan kerutan di dahi.

“ Saja. Rindu.” Sengihku. Rindu la sangat! Haha!

Dia tersengih. Urutannya terhenti.

“ Rindu? Haih. Abang sentiasa ada di sisi sayang kot hari ni. Still rindu ke?”

“ Yala.”

Aku urut perlahan lengan aku. Terasa lenguh. Sabar. Dugaan ibu mengandung.

“ Sakit sangat ke?” Soalnya dan membuatkan aku merenung dia kembali.

“ maksud abang?”

“ Lengan sayang tu. Abang minta maaf kalau menyusahkan sayang.”

Aku tersenyum. Aku tarik dia agar duduk di sisi aku. Tubuh aku dipeluknya.

“ Apa pula menyusahkan. Sayang tengah mengandungkan zuriat kita kan? Sayang bersyukur adanya korang berdua.”

“ I love you dear.”

“ I love you to abang.”

Dia menundukkan wajahnya. Aku tahu apa yang dia nak buat. Bila makin hampir aku tolak lembut wajahnya ke tepi. Aku tersengih bila dia memasamkan mukanya.

“ Kenapa sayang?”

“ Baby tak sukalah bang. Dia tendang tadi.” Ujarku dengan sengihan.

“ Baby jeles.”

Maybe tak puas hati pipi aku jadi mangsa. Sampai berkali-kali. Naik geli aku.

“ Abang. Gelilah!”

“ Geram! Baby. Janganlah jeles. Nanti baby keluar papa pula yang jeles.”

Aku terus tergelak kuat. Buruknya perangai.

“ Ingat lawa la buat macam tu?” Perliku dengan senyuman sinis.

“ Baby. Mama pun tak suka papa ke?” Dia mula muncungkan mulutnya.

Lagilah aku ketawa kuat. Ya Allah! Buruknya perangai.

“ Tengok. Mama gelak lagi kuat.”

Dia mula menarik muka masam lagi. Kelat lagi adalah. Aku berhenti ketawa. Aku tersengih. Makin nak jadi papa makin kebudak-budakan.  Sabar jela dengan suami aku ni.

“ Abang.” Panggilku. Tapi dia buat derk. Alolo. Merajuk la tu. Hahaha.

“ Abang. Tengoklah sini.” Suruhku pula. Tapi degil! Keras je dekat situ. Lebih sudi tengok dinding dari aku. gegeh!

“ Abang suka tengok sayang sakit macam ni kan?” Aku buat nada sayu. Cari perhatian. Haha.

Ha! Barulah dia menoleh tengok aku. Tapi masam mencuka lagi muka dia. Aku tersenyum. Senang je nak pujuk dia. Dengan ini.

“ Sayang.”

Aku tarik kembali bibirku. Aku tersenyum ke arahnya. Dia nampak terkejut.

“ Kalau baby tak suka papa cium mama. Biar mama yang cium papa. Okay papa?”

Barulah nampak senyuman dia. Barulah dia tarik aku ke dalam pelukan dia. Ya Allah! Bahagianya.

“ Kalau macam tu. Lepas baby ni keluar. Kita buat baby baru pula erk?”

Aku tepuk dahi.

“ Abang!”

“ Apa? salah erk?”

“ yes!” Aku menjeling tak puas hati.

“ Hahahaha.”

Sabar je la dengan first love aku ni. Nasib sayang. Hehehe.

~Tamat~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar