Jumat, 12 Februari 2016

Cik Writer Minta Maaf :)

Assalamualaikum.

                                                .Aku pun tak tau kenapa aku pilih gambar ni.

Firstly, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab baru muncul hari ni. Muncul pula bukan muncul dengan hasil karya baru tapi just muncul dengan ucapan maaf. Aku tahu banyak yang tengah tunggu sambungan enovel dan ada juga yang nak baca cerpen baru tapi serius, buat masa ni aku tengah usaha untuk buat semua tu untk korang.

Sebenarnya, memang niat lepas balik bercuti selasa lepas nak sambung post kat sini. Tapi nak buat macam mana Allah lebih tahu segalanya. Aku pergi bercuti dalam keadaan demam. Haha. Demam terkejut + kecewa sebenarnya. That's why jadi macam tu. Tak sangka juga ini demam paling lama aku pernah alami. 

Bayangkan... Masa dekat Sunway Laagoon tu hanya Allah je tahu betapa tak laratnya aku. Haha. Tapi aku gagahkan diri  sebab peluang sekali seumur hidup weh boleh masuk situ. For sure, apa saja aku rasa nak buat kalau aku tak demam jadi tak ada pun keingininan tu. Hilang habis semua mood aku. Nak ambil gambar ke, senyum ke, nak main ke apa ke... semua dah hilang! Haha. Setia jalan dan tunduk je. Ikut je ke mana kak dan abang ipar aku nak bawa. Tengok! Betapa teruknya aku time tu. Hahha.

Hari kedua pula kak aku bawa aku pi Petro Sains dan Sogo. Masa hari kedua demam tu lagilah aku rasa teruk. Tak tahu kenapa rasa sakit kat jantung. Rasa denyutan tu even perlahan tapi sakit. Bila jalan lama sikit rasa sakit. Tapi sampai satu tahap masa nak tengok wayang dalam petro sains tu. Alhamdulillah. Rasa sakit tu serba sikit hilang. Keluar je Petro SAins tu aku rasa lega sikit. Just dahaga dan letih je la. Tetap kuatkan hati. Haha. 

Time kat SOGO tu yang paling aku tak tahan. Nama pun ikut orang kan? Kak dan abang ipar aku bawalah kami pi situ dan pi tingkat atas sekali. Nak tengok baju anak depa. Kat situ yang aku rasa macam nak tercabut kaki aku ni ha. Lama gila memilih. Haha. Nasib baik keadaan aku baik sikit dari pagi tadi. Dahlah orang ramai gila. Huahuahua. 

Kalau ikutkan hati nak je selfie setiap kali pergi mana kak aku bawa. Tapi sebab demam habis berterbangan semua mood bercuti aku. First time juga bercuti dalam keadaan demam. Haha. Pecah rekod. Tapi alhamdulillah. Sekarang dah okay just tekak aku je belum lega. Kalau suruh aku cakap, akan difikir dua tiga kali. Hahah.

By the way. Aku janji tak malam ni esok aku akan post cerpen baru untuk korang sebelum aku berkerja isnin ni. I'm promise. Doakan aku semoga berjaya upload cerpen baru untk korang. And sorry again sebab buat korang tertunggu-tunggu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar