Sabtu, 12 September 2015

Jaga Hati Sendiri

Assalamualaikum. 


Terkadang, kebahagiaan seseorang akan hilang kerana selalu berusaha menyenangkan orang lain dan memikirkan apa kata orang lain mengenai dirinya. 

Belajarlah mengutamakan kebahagiaan diri sendiri berbanding orang lain. Tetapi dengan cara tidak merosakkan kebahagiaan orang lain. 

Terkadang, terfikir juga. Kenapa semua itu harus terjadi? Andai niat hanya untuk pergi kenapa perlu hadir? Andai niat hanya untuk sakitkan hati kenapa mesti hadir? Sedangkan, hati tidak mahu semua itu. 

Dan.. Saat hati mulai sedar dan terima hakikat, barulah tahu. Sebenarnya Allah yang aturkan semua ini. Ini semua takdirNya. Dah tertulis indah oleh DIA. Dia yang telah mengatur segalanya tentang jalan cerita kita. Kita hanya mampu merancang.. Tapi percayalah, kerana DIa kita mampu jadi kuat sampai sekarang. Walau pelbagai cabaran yang harus kita alami. Percayalah bahawa semua itu hanya untuk kebaikan kita semua. Untuk menjadi lebih kuat. Allah tak nak kita jadi lemah. Bangkitlah! 

Mungkin, kehadirannya untuk menjadikan kita kuat? Mungkin juga kehadirannya memberikan kita pengajaran. Berterima kasih padanya. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar