Assalamualaikum...
Hai semua! Apa khabar? Sihat? Hurmm.. Bertemu lagi kita pada hari Jumaat yg mulia ini. Harap korang semua sihat-sihat belaka. Cewah! Hiks..
Macam mana dengan hari anda hari ni? Ok ke Ko? Alhamdulillah sebab hari ni berjalan dengan lancar. Bagi aku lah. Harap korang pun macam tu la. Walau apapun yg terjadi. Jangan lupa untuk senyum. Heee..
Baca tajuk jap! Hehe.. Alhamdulillah. Hari ni dah cukup 5 hari aku berada di tingkatan 6 atau diberi nama baru iaitu PRA-U. Siapa sangka dulu aku tak mau masuk form 6 ni. Kata susahlah apalah. Tapi yes! Berada di pra-u ni memang agak mencabar sikit. Dah macam berada dalam matrikulasi. Cuma yang bestnya sebab sekarang ni form 6 guna sistem baru. Macam kita berada di U.
Okay! Meh lah nak terang sikit. Hihi.. Form 6 yang baru ni sebijik ikut pembelajaran dekat Universiti. Terbahagi pada tiga penggal. Kita akan belajar dalam setahun setengah je lah. Kiranya kita akan belajar 4 bulan. Bulan yang kelima tu ktia dah exam stpm. Yang benar2. Selepas tu penggal kedua pula. dan seterusnya ketiga. Apa yang lebih menariknya adalah ketiga-tiga penggal ni siap dibahagikan topik-topiknya. Maksudnya, satu pelajaran tu ada 21 topik. So dia akan dipecah-pecahkan ke 4 tajuk bagi penggal pertama. Beberapa tajuk pada penggal kedua dan beberapa lagi tajuk pada penggal ketiga. Dia takkan ulang topik yang sama pada penggal dua. Itu yang bestnya. Dan macam berada dekat Universiti juga. Kita akan buat pbs atau nama baru Kerja Kursus atau senang assigment. ha gitu! >_<
Apa kebaikannya bila masuk form 6 ni. Peluang kita nak sambung Ijazah atau masuk U tu lebih cerah dan luas. Yang penting pointer kena dapat 2.5 ke atas. Pointer kena eloklah klau nak sambung ke institusi yang elok dan bidang yang kita nak tu. Tapi serius cakap. Form 6 ni memang banyak cabarannya dan susah. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan? Huhu..
Sepanjang minggu orentasi yang aku alami kini. ALhamdulillah. Best dan banyak pengetahuan yang aku dapat. Walaupun pada mulanya niat aku hanya nak duduk sampai keputusan UPU keluar. Tapi sekarang aku ubah niat aku tu. Maybe aku nak teruskan sampai habis. Kita tgkla macam mana nanti kan? Heee.. Yang bestnya tahun ni kan? Bacth kami diberi keistimewaan banyak. Wah!! Teruja dan rasa seronok sungguh! Haha. :p
Bidang apa yang aku ambik? Jurusan kemanusiaan dekat sekolah lama aku. Hihi. Disebabkan aku terlalu minat ekonomi. So aku ambiklah ekonomi dan pengajian perniagaan. Tu subjek tambahan. Yang teras dan wajib ambil of courselah pengajian am, Muet dan bahasa Melayu. Muet? Muahaha... Takut beb! Dah la BI aku lemah. Kakakaka.. Tapi usaha tangga kejayaan kan? Hiks.
Dengar kata esok UPU keluar. So goodluck for all of you yang sedang tunggu keputusan UPU tu. Hope korang dapat apa yang korang ingini selama ini. InsyaAllah. ^^
Rasanya tak guna lagi aku berleter panjang dekat sini. Nanti ada juga orang yang bosan. Apalah yang tuan blog ni tengah berleter kan? So dengan lafaz bismillah aku meminta diri dahulu.
Wassalam.. ^_^
Tidak ada komentar:
Posting Komentar